Showing posts with label tips buat duit di Univerisiti.. Show all posts
Showing posts with label tips buat duit di Univerisiti.. Show all posts

Saturday, January 16, 2016

Tips Mengatasi Masalah Pelajar Poket Kering



Salam Readership. Baru-baru ni kecoh tentang student tak cukup duit, sampai terpaksa mengikat perut di hujung semester. Masalah ini selalu berulang setiap hujung semester, cumanya disebabkan kos sara hidup yang meningkat, ramai mahasiswa menyuarakan masalah ini. Miela juga tidak terkecuali terasa juga tekanan ekonomi sekarang. Tapi nak buat macam mana, kena survive jugak.

Bayangkan study di kawasan bandar, Penang pulak tu. Memang antara bandar yang mahal kat Malaysia ni. Dugaan banyak, tambah-tambah dikelilingi kedai makan, shopping mall dan tempat nak yang menarik. Hati kena ketal beb, nafsu membazir kena kawal. So entri ni nak kongsikan sedikit Tips Mengatasi Masalah Pelajar Poket Kering yang Miela amalkan di universiti. Belum pernah lagi sampai tak makan seminggu, cuma prinsip dia berjimat dalam berbelanja. Harap membantu :).




1. Merancang pembelajaan
Sesuatu pekara kalau nak buat sesuatu mestilah merancang. Firtsly sentiasa tengok baki dalam akaun bank berapa. Daripada wang kita ada, so kita boleh rancang bajet dalam sebulan nak belanja berapa. Contoh target paling maksimun belanja RM480 sebulan, kalau boleh jangan lebih dan lebih baik kurang daripada jumlah tersebut. Ada orang cakap kita hanya merancang last-last tak jadi. Ingat kalau tak merancang, bila lagi nak start?. Jangan pernah gagal merancang. 

2. Simpan duit
Setiap kali duit biasiswa atau pinjaman seeloknya 15-20% daripadanya kita buat simpanan. Kalau rasa diri tu boleh kawal berbelanja sila pindahkan duit simpanan ke akaun bank lain. Macam Miela, setiap kali masuk duit pt, akan ambil 20% daripada duit pt kemudian simpan ke bank BSN. Lepas tu sekali dengan kad bank BSN tinggalkan kat rumah. So dekat situ, bila kat universiti takdelah terguna duit simpanan bila kad akaun bank tak bawa. Kalau tetiba masa tu darurat nak guna duit, barulah kita guna duit tu.


3. Beli Printer
Miela rasa printer lah banyak save cost sebenarnya. Memang awal-awal beli makan budget, tapi lama-lama korang akan rasa berbaloi beli printer. Sebab apa?, sebab boleh jimat kos print assignment dan nota, kedua boleh bisnes printing at same time. Tapi Miela sarankan kalau korang nak beli printer, beli printer jenama HP because very cost effective. Dahlah ink dia murah around rm30++ pastu boleh tahan dalam satu semester. Cuba bandingkan kos print note dan assignment di kedai dengan print sendiri?. Berbaloi sebenarnya beli printer. 

4. Jangan beli air
Maksudnya disini disarankan sentiasalah bawa air sendiri kemana-mana pun. Buat apa pergi kedai order ayaq teh, milo, horlick tapi sebenarnya hampa boleh buat ayaq sendiri kat bilik?. Ramai ja kawan-kawan Miela buat macam ni. Kadang-kadang selamber jaa bawa botol ayaq ke kedai makan kat luaq, sebab tak nak order ayaq. Paling bajet pun order ayaq kosong kat kedai, buat apa nak malu kan?. Tapi seriously memang berbaloi kalau bawa air sendiri daripada beli kat luar.


5. Jauhi kawan-kawan suka menghabiskan duit
Miela ni semua orang boleh berkawan, cuma rapat atau tidak je. Yang selalu jalan-jalan makan cafe hispter, suka travel, beli barang berjenama bagai tu tak rapat sangat pun. Tahu diri ni kena ukur baju dibanda sendiri huhuhu, takut terpagaruh juga nanti. Betulah orang cakap, kawan-kawan memang banyak bawak banyak pengaruh, kena pandai pilih kawan terutama kat universiti yang berbeza latar belakang.


6. Join kelab/pesatuan/sekretariat
Sejak aktif join sekretariat kat universiti, jadi agak busy sikit daripada aktiviti melagha kuikui. Bila busy takda masa nak tengok barang-barang online. Dan tiada juga masa nak jalan-jalan berhibur tiap-tiap minggu walaupun study kat Penang banyak tempat best-best. Tapi enjoy join benda ni, hang akan rasa pengalaman hidup student sebenarnya. Lagi satu, kalau ada program yang ada makanan free, hampa join ja. Dapat jimat duit makan juga pengalaman dan ilmu. 

Hari tu join program motivasi jadi urusetia. 3 hari 2 malam dapat jimat duit belanja makan,
sebab dapat makan free. Yang best lagi dapat pergi Bukit Bendera free sebab bawak
budak-budak yang join program motivasi jalan-jalan. Nasib baik program ni di sponsor, huhu. 

7. Jana pendapatan sendiri
Kalau nak cari alternatif tanpa harapkan duit biasiswa/ptptn atau duit parents, boleh buat kerja part time jadi promoter ke, jurujual ke, buat student cab ke atau apa-apa sahaja. Tapi Miela tak mampu buat kerja part time tiap-tiap minggu sebab kekangan masa. Selalu jana duit sendiri bila masa free contohnya tolong design logo/poster tak pun jual craft felt. Blog yang sedang hampa baca ni pun sebenarnya boleh jana duit sendiri dengan nuffnang. Kadang-kadang 2 3 bulan tak aktif blog, masuk juga duit sikit-sikit. Lagi satu join program yang dapat elaun, dapat pengalaman dapat duit.


8. Banyakkan bersedekah
Dalam mengejar mengumpul harta dunia, jangan lupa bersedekah. Sedekah ni ibarat pelaburan dunia dan akhirat. Di akhirat pahala akan dihitung manakala di dunia Insyallah jika hati kita ikhlas bersedekah Allah akan bukakan rezeki buat kita. Lagipun sedekah inikan amalan sunnah Rasulullah.