Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Wednesday, January 27, 2016

Cara daftar mengundi SPR


Salam Readership. Baru minggu lepas Miela daftar mengundi. Maklumlah umur dah cukup 21 tahun bila masuk bulan november tahun lepas. So cuti semester ni, ada masa terus daftar mengundi. Sebagai rakyat Malaysia *cehwahh*, kita perlulah jalankan tanggungjawab mendaftar sebagai pemilih. Pendaftaran sebagai pemilih adalah hak warganegara di bawah Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.

Sebenarnya tak tahu pun nak daftar mengundi macam mana, jenuh jugak google tak jumpa-jumpa. Akhirnya Miela tanya parents dan kebetulan ada kawan baru daftar mengundi. Rupa-rupanya mudah sangat daftar mengundi ni. Ada tempat boleh mendaftar pemilih seperti Ibu Pejabat SPR, Pejabat Pilihan Raya Negeri dan Pejabat Daerah. Tapi yang tempat paling mudah mendaftar ialah pejabat pos, sebab berdekatan dengan tempat tinggal kita.

Seperti Miela katakan tadi, mudah sangat daftar mengundi ni. Hampa terus pergi tempat pendaftar pemilih seperti pejabat pos. Ambil nombor, tunggu turn. Kemudian cakap nak daftar mengundi, nanti orang tu akan minta kad pengenalanan. Kemudian orang tu akan daftar kita sebagai pemilih, siap daftar dia akan minta tanda tangan kita untuk sahkan. Pendek kata daftar mengundi cuma hanya guna kad pengenalan sahaja.

Lepas kita daftar mengundi, kita akan daftar kertas ni

Mudah kan daftar mengundi?. Masa daftar mengundi kita tak tahu parlimen dan dun mana kita dapat. Mungkin nak dekat masa hari pengundian baru tahu. So, mana-mana yang dah cukup umur 21 atau belum mendaftar, daftarlah diri sebagai pemilih sebab ini tanggungjawab kita sebagai warganegara Malaysia. Jika ada sebarang kemusykilan juga boleh rujuk soalan lazim SPR di sini

Tuesday, August 11, 2015

Cara tunaikan cek Nuffnang dengan mesin deposit cek

Cek dari Nuffnang

Salam readership. Alhamdulilah semalam dapat cek dari Nuffnang selepas 1 bulan lebih menunggu. Ini juga hasil pertama berblogging selepas dua tahun pasang iklan Nuffnang. Terima kasih kepada yang selalu klik iklan dan juga yang jadi unique vistor blog ni. Tapi bila dah dapat cek, macam mana nak tunaikan yea???.

First Miela pilih Maybank sebagai bank tunaikan cek. Tak semestinya bila dapat cek HSBC kena tunaikan kat bank yang sama. Miela pilih Maybank sebab nanti hasil duit berblogging boleh shopping online huhu. Ternyata nak tunaikan cek di Maybank sangatlah mudah, just guna mesin deposit cek. Ok cara-cara tunaikan cek Nuffnang macam ni:

1. Sebelum memulakan urusan isikan maklumat di belakang cek seperti nama, nombor akaun dan nombor telefon.
2. Pilih Cek Deposit
3. Masukan nombor akaun.
4. Kemudian masukan jumlah tunai cek yang ingin ditunaikan. Pastikan sama nilai dengan cek tersebut.
5. Bila ada arahan suruh masukkan cek, masukkan cek mengikut arah dengan betul.
6. Bila proses dah siap maka keluar resit seperti di bawah ni.


Nota: Cek akan di proses selama 3 hari bekerja. Jika cek deposit dibuat selepas 4.00pm akan diproses pada hari bekerja berikutnya

Sunday, July 05, 2015

Cara transfer duit mengunakan Maybank2u

Salam Ramadhan. Dulu Miela pernah ajar cara transfer duit mengunakan mesin atm dan cdm BSN dalam entri Mudahnya BSN. Tapi kali ni Miela nak ajar cara transfer duit mengunakan Maybank2u pula. Miela tahu ramai kat luar sana ada akaun Maybank2u sebab dengan adanya Maybank2u hampa tak perlu nak pergi atm jika urusan boleh dilakukan secara online. Malah mostly kedai online di dalam internet mengunakan Maybank2u sebagai alternatif untuk urusan jual beli.

Ini memudahkan lagi hampa untuk lakukan pembayaran. Tapi mungkin ada belum tahu bagaimana untuk transfer duit mengunakan Maybank2u. Syaratnya perlu ada akaun Maybank2u barulah boleh buat transaksi, kalau yang takdak tu sila pergi ke cawangan Maybank untuk daftar. Harus diingatkan tutorial ini hanya untuk transfer duit dari akaun Maybank ke akaun Maybank yang lain.


Cara-cara transfer duit mengunakan Maybank2u (Maybank ke Maybank):-

1. Log ke Maybank2u

2. Klik Accounts & Banking


3. Kemudian klik Transfer

4. Klik New 3rd party account transfer




5. Isi detail untuk transaksi seperti di dalam gambar;



Amount: Jumlah ingin di transfer
To 3rd Party Account Number: Nombor akaun penerima
Effective date: Masa aktif transaksi. *kalau nak transfer laaa tu jugak, so pilih today
Recipient email: Email penerima *kalau penerima takdak email, letak email sendiri pun boleh hoho
Recipient reference: Nama transaksi *contoh boleh letak nombor order ke, or apa-apa subjek transaksi ingin diletakkan
Other payment details: Maklumat lain ingin diletakkan dalam transaksi *tak letak pun takpa

6. Selepas maklumat transaksi dirasa betul boleh tekan confirm. Kemudian request TAC number untuk aktifkan transaksi. Nanti server akan hantar nombor tersebut melalui message ke nombor hampa daftarkan. Lepas tu boleh isi TAC number dan tekan confirm.

7. Apabila transaksi berjaya, dia akan jadi gambar seperti ini. Ini contoh transaksi Miela buat masa shopping dengan Nile hari tu.



Semoga tutorial ini membantu anda!!!

Saturday, February 07, 2015

Buat gambar polaroid sendiri



Salam Readership. Ehm ehmmm dulu Miela cerita yang Miela teringin nak beli kamera polaroid dalam entri ni . Tapi sampai sekarang tak beli-beli lagi, muhahahahha. Entahlah, Miela sibuk membeli benda lain kot, lagipun kita ni cuma harap biasiswa dari PAMA dengan duit PT jer. Study kat penang ni, faham-faham jelah duit mengalir macam air. Kalau free ja hujung minggu, pergi tengok wayang tu tak termasuk kos lain makan, shopping and melencong ke tempat lain.

Mungkinlah satu hari nanti kalau dah kerja ataupun tetiba income blog ni naik mendadak boleh beli kamera polaroid satu hari nanti, Insyallah. Sementara tunggu duit berkepok, haa apakata kita buat sendiri gambar polaroid. Sangat mudah dan budget kurang RM1!!!! *per each paper

Sediakan:
1. Glossy paper/photo paper
2. Printer

printer dan glossy paper

Korang boleh guna glossy paper/photo paper sama ada 4R atau A4. Kalau A4, boleh print banyak sekali gus, tapi Miela beli yang 4R je. Sebab boleh print satu satu, so bila ada gambar baru boleh terus tak payah tunggu kumpul gambar banyak-banyak baru boleh print.

Mula-mula sekali Miela edit guna handphone je. Korang nak edit gambar kat photo grid pun boleh asal nampak bentuk macam polaroid picture atau boleh gunakan mana-mana aplikasi mengedit gambar.

I edit guna photo grid je uolzzzz
Lepas dah edit gambar, Miela transfer gambar ke lappy untuk print. Miela guna Microsoft Word print gambar ni, lagi senang. Tapi korang kena set size paper kepada 4R jika nak print photo paper 4R (4 x 6 inc). Kemudian insert gambar yang korang dah edit, resize nak bagi besar ke gambar korang tu ataupun nak kekalkan saiz gambar. Kalau buat saiz kecik, 4R boleh dapat dua gambar tau. Dan jangan lupa letak border kat gambar korang tu supaya senang nak potong.
set size 4x6 inc jika guna photo paper saiz 4R
jangan lupa letak border gambar yee
Sebelum print, jangan lupa set media photo paper . Bukan tak boleh print macam biasa, boleh je. Tapi kualiti gambar kureng sikit. Selalu kita print paper memang dah set plain paper, tapi kita guna photo paper so haruslah set photo paper supaya gambar yang kita print tu lebih berkualiti.


set photo paper

siap!!!
Selamat Mencuba

Thursday, July 03, 2014

Tutorial: Cara buat header transparent simple dan mudah


Salam Ramadhan. Alhamdulilah hari ni dah masuk hari ke-5 kita berpuasa. Macam dah lama tak buat tutorial. Dahulu kala, 3 tahun yang lalu Miela ajar Tutorial: Cara buat header tanpa mengunakan adobe photoshop . Entah reader faham ke tak dengan tutorial tu, maklumlah dulu masih budak-budak lagi nak mengajaq pun hehe. Tapi kali ni Miela nak ajaq cara buat header dan mudah tapi guna Adobe Photoshop. Ala kacang jaaa.

1. Mula-mula bukak adobe photoshop, tak kiralah  CS4, CS5, CS6 mana-mana pun sama je. Miela guna Adobe Photoshop CS6.


2. Pilih File > New .  Pastu jumpa la kotak seperti bawah ni. Size korang adjust sendiri ikut saiz korang nak. Macam Miela buat saiz 960 x 236 pixels . Lepas tu tekan ok. Part ni korang cuma adjust saiz saje.


3. Pilih icon T yang belah kiri korang untuk naik taip huruf. Seperti bulatan merah dalam gambar. Lepas tu korang taip words yang korang nak. Untuk centrekan words tu, korang boleh kilik icon anak panah tu untuk gerakan words, juga seperti dalam bulatan biru dalam gambar dibawah. Manakala untuk resize words tekan ctrl + t .


4. Untuk tukar warna words, higlightkan words tu dulu, kemudian klik icon segi empat tepat untuk pilih warna. 


5. *Option* Kalau nak lagi cantikan header tu boleh klik text layer untuk adjust. Nak tambah stroke, shadow, gradient etc pun boleh.


6. The second last step, unclick icon mata dekat background layer. Kalau tak jumpa juga, boleh tengok bulatan oren dalam gambar kat bawah. So background dah jadi petak-petak, takda warna putih kan? . Itu maksudnya header tu dah transparent. If kalau huruf macam tak kemas lagi, boleh klik seblah icon aa dekat atas header tu *kotak kuning dalam gambar*, nak smooth, sharp ke, strong pun boleh sampai korang rasa puas hati dengan header


7.  Last sekali klik file>save as . Pastikan format nak save PNG. Kalau tak menjadilah header transparent korang tu yeee. 


Senang kan buat header guna adobe photoshop??.  Tak payah korang nak potong ikut huruf untuk buat header transparent. Cuma untick background layer dah jadi. Selamat mencuba!!

Thursday, July 18, 2013

Tutorial: Delete comment dalam cbox

Salam ramadhan. Agak lama jugak Miela tak bertutorial segala kan. Soalnya kenapa korang perlu tahu tentang cara nak delete comment dalam cbox?. Andaikan tiba-tiba ada harsh atau comment di cbox macam ayam. Mesti korang tak suka kan?, that why korang perlu delete comment sebegitu. Sungguh mencemarkan pemadangan je. So, you must follow the step by step.

1. Go to cbox.ws
2. Isi login name dan password. Kalau tak ingat password atau name minta maaflah, tutorial ini tidak berjaya.
3. Nampak komen ayam yang Miela nak delete tu di bawah?. Actually,, Miela tak suka comment ayam macam ni, menipu kejanya. Cakap je terus terang suruh klik link iklan bukan,ni tak komen macam ayam. *sabar jelah


4.  Klik Massage


5.  Tick comment tersebut then klik ban untuk banned. Maknanya selama lama lamanya comment dari IP address yang sama kena block. Dan satu lagi kalau nak delete comment tick and klik delete.


6. Mudah sahaja kan??. Selamat mencuba :).

Thursday, July 04, 2013

Penting! untuk tingkatkan earnings

Salam readership. Hari ni Miela nak cepat sebab ada kerja lain lagi. Kali ni Miela nak tunjuk tutorial cara nak clearkan cache dan cookie. Bukan coklat cokie-cokie naa?. Clearkan cache dan cookie ni berkesan untuk tingkatkan earnings. Miela perasan ramai peserta Segmen Menjelang Ramadhan tak clearkan cache dan cookie ni sebelum klik link iklan. Kenapa penting?, bukan nak tingkatkan earning sahaja tapi untuk tujuan keselamatan.

For example, korang buat online banking. Mestilah korang dah logout semua. Tapi sisa-sisa cache dan cookie ni masih ada. Menyebabkan orang lain yang berniat jahat mengunakan data cache dan cookie untuk masuk ke akaun anda. Bahaya kan?, bukan akaun bank je boleh ceroboh. Akaun FB, twitter dan blog pun boleh ceroboh jika laptop jatuh ke tangan orang lain. Malang tidak berbau kan?

Miela nak tunjukan cara-cara clearkan cache dan cookie bagi browser google chrome sebab Miela selalu guna google chrome je. Kalau browser lain boleh tengok kat sini

1. Pergi ke History


2. Klik clear browsing data
3. Tick delete cookie and empty the cache seperti gambar di bawah


4. Clear browsing data

Thursday, June 20, 2013

Mudahnya BSN

Easy brother *sekadar hiasan

Salam readership. Hari ni miela dengan penuh keazaman pergi ke bagan serai bawa motor dengan sendirinya untuk melaksanakan urusan-urusan bank. Ingat naik motor takda class ke?. Kalau naik motor korang boleh rasa angin sepoi-sepoi bahasa gitu. Semalam Miela shopping tudung online kat page ni . Hari ni pula buat payment kebetulan my mom bank in duit. Waa tak keja pun masih lagi dapat gaji yer, haha. Memang kenalah, duit tinggal ciput je tiba-tiba tambah duit lagi.

Then, Milea beli tudung banyak-banyak dengan kawan-kawan. Kalau beli satu rugilah, lagi banyak beli lagi banyak diskaun. Then, dorang ni bagi duit cash kat Miela. Huhu ingatkan nak bank in je terus kat Miela tapi sebaliknya berlaku. Mulalah pening "macam manalah aku nak masukkan duit dalam bank ni?". Mula-mula macam bodo-bodo sikit kan, tapi pakcik google kan ada?. Searchlah cara nak masukkan duit dalam bank, rupa-rupanya kena pakai CDM (Cash Deposit Mechine).

Untuk pengetahuan uolzz, Miela guna bank BSN jer. Bukan bank Maybank mahupun CIMB bank. Satu-satu Miela acc bank adalah  BSN jer. Selalunya BSN ni budak-budak banyaklah pakai. Maklumlah orang sekarang banyak pakai maybank. BSN budak-budak selalu guna untuk bila elaun masuk macam budak matrik, budak plkn ke?.  Acc maybank mungkin akan datang baru nak buat kot.

Cara mendepositkan wang tunai :
1. Gunakan mesin CDM bukan mesin atm yang biasa. Kalau yang biasa celah mana nak masukkan duit?
2. Masukan kad dan isi  no pin
3. Pilih deposit tunai
4. Then pilih Giro-I *kalau tak silap (Miela pilih Giro-I sebab nak masukkan duit acc bank sendiri. Boleh je nak masukkan deposit tunai ke acc bank lain)
5. Sumbat je duit dalam lubang disedikan (Aik?, masuk satu-satulah nanti jem pulak mesin tu nanti)
6. Kalau nak tambah duit lagi pilih tambah wang kalau tak nak pilih Ya untuk transaksi deposit wang.

Caranya lebih kurang  cara deposit tunai bank maybank

Mudah kan?. Sekali je masuk duit, mesin CDM bsn boleh terima wang tu even guna baru. Bila dah selesai pergi mesin atm sebelah nak transfer duit sebab Miela nak gunakan duit dalam bank untuk bank in. Yang deposit tunai tu tadi, semuanya duit-duit orang. Miela tak nak guna duit di tangan sendiri untuk beli tudung. Rajin gila kan guna dua mesin?. haha

Cara nak transfer duit :
1. Seperti biasa masukan kad dan isi  no pin
2. Pilih pindahan
3. Pilihan ke pindahan acc antara bank lain (MEPS) (belah kanan bawah untuk taransfer duit ke bank lain)
4. Taip no acc penerima. Klik Ya jika mucul nama penerima yang nak di bank in kan.


Maka selesai urusan Cik Miela. Ni pula slip-slip selesai kedua-dua tranksaksi. 


Entri lain:
Cara transfer duit mengunakan Maybank2u

Sunday, February 05, 2012

Tutorial: Cara berchat rakan lebih daripada seorang

Salam readers. Cik Miela kali nie rajin nak jadi cikgu malam-malam buta nie. Ok kita tak mau buang masa kan, erm selalunya kalau kita nak chat ramai-ramai pun mesti kat dalam group je kan?. Tapi kali nie lain pulak, kita boleh chat berapa orang kita 3 4 5 ke 20 orang. Ikut suka korang lar. Nak tau caranya, meh kita belajar bersama Cikgu cik miela.


1.Mula-mula kita go to chat kat salah seorang yang kita nak chat. Rujuk gambar. Lepas tu klik je dekat icon seting (sebelah tanda x). Klik add firend to chat.


2.So korang taip lar nama orang yang kita nak add masuk chat kita. Letak la beberapa orang korang nak chat. Tu baru meriah skit bila chat,hehe.



3.Dan jadi seperti di bawah ni. Sekian tutorial cik miela kali nie. Kalau tak paham jangan segan-segan nak tanya yer.




Monday, January 30, 2012

Senarai blog yang ada tutorial

Salam. Cik Miela rasa nak share link blog-blog yang ada tutorial. Kadang orang asyik tanya kita macam mana nak buat blog yang macam tu yang macam nilah. Kita pun rasa malas nak tunjuk takut nanti ada yang tak faham. Actually blog cik miela pun ada tutorial, tapi tak banyak. Tapi list yang dibawah nie lagi terbaik, korang boleh pilih yang mana satu. Yang best lagi, cik miela bagi drect link terus ke page tutorial bukan dekat home ok?. Jom usha-usha blog bawah ni.


1. Atikah madiah

2. Dya Marshmello

3. Cik Tom

4. Lyssa Faizureen

5. Intan Nurul Fateha

6. Azhunk

7. Nurul Cumel

8. Wan Hazel

9. Emiesyandra

10. Mommy Pinky

Wednesday, January 11, 2012

Tutorial: Cara nak block rakan di Facebook


Cik Miela nak ajar korang cara nak block rakan dalam FB. Sebenarnya ada 2 3 rakan cik miela tanya macam mana nak block rakan FB nie. Rasanya cik miela dah terangkan kat mereka tapi still tak faham. SO, melalui medium blog nie, cik nak ajar cara block rakan nie lagipun senang sekali ada gambar. Benda nie simple je, tak sampai seminit, kalau internet laju la. Tujuan meblock rakan FB ialah unntuk mengelakkan rakan FB anda menadd anda lagi sebagai rakan dan mengelakan anda diganggu oleh individu FB tersebut. Kalau report pulak, anda meminta agensi FB untuk mendelete akaun individu tersebut. Tapi block pun dah cukup, cian pulak nanti kawan FB yang anda tak suka kena tutup akaun.

1. Mula-mula pergi ke FB profile yang korang nak block tu. Klik benda macam seting tu dan muncul la macam dibawah nie Untuk pegetahuan semua FB profile dibawah nie cuma pratonton je, tak de niat pun nak block. Better korang unfriend la dulu ok?.


2. Lepas tu muncul benda alah nie. Klik yang atas. Lau yang bawah tu untuk report


3. Senangkan?. Sekarang dah takde orang yang menyakit hati ganggu lagi,huhu.

Saturday, September 24, 2011

Tutorial: Cara mendownload video dalam Youtube dengan mengunakan Goggle Chrome

Siapa ada goggle chrome angkat tangan?. Wah ramainya. Tapi korang tahu tak di sebalik rahsia goggle chrome sebenarnya kita boleh download direct dari Youtube. Tak tahu ke?. Ok hari nie Cik Miela nak ajar korang macam mana nak buat. So kena folow step by step tau.

1. Mula-mula pergi ke Chrome web store.

2. Seacrh youtube downloader.

3. Kat Apps tu. Klik Youtube downloader. Tak tahu yang mana tengok gambar




4. Kemudian klik add to chrome



5. So jadi la seperti di bawah nie bila korang buka Youtube. Jadi nak download banyak mana video ikut suka hati korang la, tak larang pun,hihi


update: kalau tak jumpa klik sini pastu add to chrome



Sunday, May 08, 2011

Tutorial: Cara buat header tanpa mengunakan adobe photoshop


Korang tahu tak cam ne nak buat header tanpa mengunakan adobe photoshop??tak tahu ke, pakai gimp software la. Kalu korang nak, download kat sini. Cik Mila buat tuto nie sebab ada orang tanya, so apa salahnya kita kongsikan cikit ilmu tu..Ok jom kita mulakan tutorial kita pada hari ini...
1. Nak buat header, mestilah kena buat pakai photoscope, korang ada kan?Korang edit la ikut header citarasa korang. Untuk tutorial cik mila tunjukan contoh header yang simple....

2. Buka gimp software pulak. klik file>open..pilih header yang korang buat tadi
3. klik Fuzzy select tool>right klik>layer>transparency>add alpha channel..tak paham rujuk gambar di bawah

3. Seterusnya klik edit>clear, macam biasa tak paham tengok gambar di bawah..maka muncul backgound petak-petak. Background petak-petak tue maknaya dah transparen dah..

4. Kemudia pergi ke file>save as. Tapi korang kena ubah sedikit name yang jpg kepada png..Kalau tidak tak boleh save nanti tak boleh save pulak..pastu apa lagi upload la header tu kat blog...semoga berjaya

p/s: Yang nie cik mila tau la, pakai adobe photoshop cik mila tak tahu...untuk korang yang kreatif, korang jugak boleh ambik mana-mana gambar dan transparen kan untuk dijadikaan header


Friday, May 06, 2011

Tutorial: cara nak tag blogger



Tadi ada seorang blogger nie tanya iaitu yasmin bella cam ne nak tag blogger. Fungsi mengetag kebanyakan digunakan untuk join dalam sesuatu contest. Kalau korang dah tahu, korang bolehla join mana-mana contest. Yang taktahu tue, jom tengok caranyer....

1. taip nama blogger yang hendak ditag..Contoh cik mila

2. highlightkan nama blogger yang hendak di tag

3. letakkan klik kat link(ala yang ada button gambar bumi tue).

4. Akhir sekali, letakkan url dye..tak paham rujuk gambar di bawah

Tuesday, April 19, 2011

Tutorial:letak realplayer dalam blog



Yeah hari nie, cik mila dapat cuti sempena hari kesultanan perak..Untuk hari ni cik mila nak buat tutorial cam mane nak letak lagu relplayer youtube dekat blog..Yup, memang mudah sangat, cik mila nak buat tutorial hari nie sebab ada blogger baru tanya cam ne nak letak realplaer dekat blog..so sambil nak mengajar, korang follow la blog blogger baru nieh ok?

1. Dah nama realplayer youtube dah sah2 cari kat youtube, so go to youtube.com. The, cari lagu yang korang nak, tapi nasihat cik mila la jangan ambik lagu yang ada dialog, buat menyemak je..Ambik lagu yang tak de dialog ok.

2. Memadangkan youtube sudah di naik taraf, mesti korang tak jumpa code embed. So klik buton share, pastu jumpa la tab embed..kilik ja situ, nak jelas tengok gambar.

3. Untuk keselamatan(ceh wah) copy code embed and paste kat notepad dulu sebelum kita paste HTML/Java scirpt sebabnya kita kena edit dulu.

Sebelum


4. Untuk edit,kita tukar width="200" height="25..cik mila gariskan width and height, tu tukar tau..Lepas tu pulak tukar &rel kepada &autoplay

Selepas


5. Dan akhir sekali lentak <center> di awal dan hujung code...tak paham tengok la gambar tau..maka terdengar la lagu kat blog korang..semoga berjaya


credit: Atika Aula

Sunday, April 03, 2011

Cara mendownload video kat YOUTUBE paling senang





Kali nie cik mila nak tujukan tutorial cara mendowload video kat youtube paling senang di dunia...hehe ayat, wayang je....tak payah pakai realplayer...sebenarnya senang je,begini caranya:

1.paling utama sekali download internet manager 6.05..klik sini utk download

2. lepas download, maka muncullah benda alah ini...klik add url


3. sebelum tue jangan lupa copy url kat youtube...tak tahu, tengok dekat gambar tue


4. pastu start download..dah selesai..hasilnya boleh lihat di bawah tue