Tuesday, August 08, 2017

Senarai Peserta Segmen Bloglist 2.0 by Cik Miela



Salam Readership. Sorry lambat sikit update senarai peserta. Boleh lah start blogwalking yer.

18. https://adeliazahrah.blogspot.my/2017/08/segmen-bloglist-20-by-cik-miela.html
19. http://www.zaizamree.com/2017/08/segmen-bloglist-20-by-cik-miela.html
20. http://seindahcerita.blogspot.my/2017/08/segmen-bloglist-20-by-cik-miela.html
21. http://galaksiviral.blogspot.my/2017/08/segmen-bloglist-20-by-cik-miela.html
22. http://ape-kinah.blogspot.com/2017/08/segmen-bloglist-20-by-cik-miela.html
23. http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/08/segmen-bloglist-20-by-cik-miela.html
24. https://makbapakkauhijau.blogspot.my/2017/08/segmen-bloglist-20-by-cik-miela.html
25. https://anzrarizalbuddy.blogspot.my/2017/08/segmen-bloglist-20-by-cik-miela.html
26. https://ikashoid.blogspot.my/2017/08/segmen-bloglist-20-by-cik-miela.html
27. https://thebeautyofsplendid.blogspot.my/2017/08/segmen-bloglist-20-by-cik-miela.html
28. http://themaiman.blogspot.my/2017/08/segmen-bloglist-20-by-cik-miela-1308.html
29. https://aztieyshana.blogspot.my/2017/08/segmen-bloglist-20-by-cik-miela.html
30. https://kanvasdakwat.blogspot.my/2017/08/segmen-bloglist-20-by-cik-miela.html
31. http://elsaalicious.blogspot.my/2017/08/segmen-bloglist-20-by-cik-miela.html
32. https://nnizati.blogspot.my/2017/08/segmen-bloglist-20-by-cik-miela.html
33. http://marblemomo.blogspot.my/2017/08/segmen-bloglist-20-by-cik-miela.html


Friday, August 04, 2017

Segmen Bloglist 2.0 by Cik Miela

Salam Readership. Kali ni Miela kembali nak buat segmen bloglist memadangkan agak lama tak buat segmen sebegini. Just simple segmen sahaja selain nak tambah lagi kenalan di blog ni. Tambahan pula memang bercadang nak tukar bloglist baru. 


Syarat - syarat:
1. Follow Blog Cik Miela
2. Like Page Blog Cik Miela atau follow Twitter Cik Miela *salah satu atau kedua-duanya
3. Buat Entri Segmen Bloglist 2.0 by Cik Miela beserta gambar diatas.
4. Komen di entri ni beserta link entri Segmen Bloglist 2.0 by Cik Miela

*setiap penyertaan akan disemak


Tempoh penyertaan: 04/08/2017-13/08/2017 


Hadiah:
10x bloglist untuk 6 bulan keatas *kemungkinan akan tambah lagi 5 bloglist jika lebih penyertaan




Wednesday, August 02, 2017

Rezeki Carousell: Terjual 6 Novel sekaligus

Salam Readership. Alhamdulilah hari ni murah sangat rezeki sebab ada customer beli novel preloved dari Corousell sebanyak 6 biji novel sekaligus. Makin lama rak novel agak lenggang sikit. Sememangnya Corousell boleh dijadikan sumber pendapatan untuk menjual barang-barang terpakai. Setakat ni sudah 10 novel/buku sudah terjual di Corousell.

Miela sukakan jual barang di Corousell sebab laman web/aplikasi Corousell sangat ringan dan mesra pengguna. Tiada tempoh had masa iklan berlangsung dan Corousell selalu buat event yang boleh dijadikan platform untuk promote barang yang kita jual. Pengalaman pertama mengunakan apps Corousell juga Miela pernah cerita disini

6 buah novel dibeli oleh customer tadi

Ada orang tanya macam mana nak jualan laku di Corousell?. Miela biasanya akan upload barang nak dijual pada waktu tertentu dan tidak upload semua barang sekali gus. Kenapa? sebab kalau upload semua barang yang kita nak jual dalam satu masa listing barang akan muncul dalam satu masa sahaja. Tetapi upload lain-lain masa contohnya pagi upload buku terpakai, tengah hari upload baju dan petang upload barang makeup atau selang sehari upload supaya listing senang naik. Lagi satu kita nak tunjuk yang kita seller aktif kalau update jualan setiap hari.

Tapi jangan risau, kelebihan Carousell ni walaupun barang hampa dah jual berminggu still muncul dalam listing cuma hampa kena rajin bukak akaun Carousell. Sebab kalau tak aktif akaun coursell barang listing susah sikit nak up. Dan satu tips lagi untuk jualan laku di Carousell ialah dengan rajin sertai event-event ada Carousell. Selalunya Coursell akan bagi notifikasi event akan datang dan kita boleh join dengan pakai hashtag atau tetap harga bersesuaian dengan event. 


Event terbaru Carousell #SemuaPercumaMarket dimana-mana barang dijual semuanya percuma dan mungkin ada syarat tertentu dari seller. Boleh usha di link ini untuk grab barang percuma. Selamat menjual dan membeli di Corousell!!. 

Tuesday, August 01, 2017

Resepi Ayam Masak Paprik Mudah

Salam Readership. Terlalu lama rasanya Miela tak update entri berkaitan resepi. Adakah Cik Miela sudah jarang ke dapur? 😅😅😅. I'm not sure. Kadang-kadang ke dapur, kadang-kadang tak jugak haha. Yang pasti rindu nak update entri pasal resepi ni.

Kali ni Miela nak kongsikan resepi Ayam Masak Paprik. Resepi ni sangat senang. Kalau korang try buat ikut cara yang betul sumpah rasa Ayam Paprik macam masak kat kedai. Actually masak Ayam Paprik mudah je, campak-campak je gitu. 



Bahan-Bahan
Ayam bahagian dada di potong kecil
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar pes tomyam (jika sukakan aroma ala Thailand)
Sedikit kicap manis
2 ulas bawang dihiris halus
1 bawang besar dihiris bulat
1 cili merah dihiris
5 biji cili padi diketuk (kalau suka pedas boleh lebih)
Sayur-sayuran seperti Kacang panjang, Jagung kecil, Lobak merah dan daun limau

Cara-cara

1. Tumis bawang kecil dan bawang besar sehingga wangi
2. Masukan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak.
3. Masukan semua sos. Kacau hingga sebati
4. Masukan isi ayam dan jangan lupakan masukan air supaya kuali tidak kering
5. Masukan garam dan serbuk perisa
6. Akhir sekali masukan cili dan sayur yang anda suka.
7. Masak sehingga sayur empuk dan sedia untuk dihidangkan


Mudah tak resepi ni?. Isi ayam hampa agak-agak makan 4-5 orang. Actually keenakan paprik sangat bergantung kombinasi sos tu. Sos cili bagi rasa pedas, sos tiram bagi rasa masin dan sos tomato dia ada rasa masam-masam sikit. Tapi kalau sos terlalu banyak tak best juga, kena ada air sikit jangan terlalu pekat betul-betul macam sos dalam botol 😂 tau.