Thursday, May 25, 2017

Kek Montel Warna Warni


Salam Readership. Hari ni nak cerita tentang kek Actually. Miela ni bukan cake lover pun, sebab kalau makan kek cepat muak terutamanya yang banyak krim. Sedangkan kek secret recipe satu sliced kek jenuh nak habiskan 😥. 

Ahad tadi baru sahaja order kek montel. Selalu nampak kawan post kek ni di facebook. Pastu Miela pun friend orang buat kek ni. Stalk facebook dia huhu comel kek dia. Jadi secara tersengaja terorder kek montel 8 bijik. Tuptup akhirnya kek montel dah sampai depan rumah


Tadaa ni Miela kek montel yang Miela order. Berbola ada 8 bijik dihiasi pelbagai jenis toping seperti coklat, cheese dan jem. Nak makan pun sayang. Sampai nak makan fikiaq nak makan ke tak sebab comel sangat. Hmm lastly makan jugak haha. Simpan pun buat apa lama-lama basi macam tu


Seperti dalam gambar, bulat-bulat comel dalam dia sebenarnya kek coklat. Pastu lapis untuk bahagian bawah kek comel ialah coklat dan bahagian atas dilapisi cheese dan coklat jugak. Rasanya memang sedap. Berbaloi jugak beli dengan harga RM15 sekali cod sampai depan rumah. Jadi sesiapa duduk area Parit Buntar, Kuala Kurau, Tanjung Piadang dan Bagan Serai boleh order kek dengan kak Syara Eyja ya. Serious kek montel ni sedap sangat!.

6 comments:

  1. hamboi pelbagai variasi 1 box. sedap sangat nampak gayenye

    ReplyDelete
  2. sedapnyaa!
    kalaulah kat johor ! lama dah order

    ReplyDelete
  3. alamak.... best sangat ni...

    psssttt... terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #30.

    Blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2017/05/senarai-url-blog-30.html

    Keputusan pemenang akan diumumkan pada hari ini. Gud luck.

    - Mia Liana

    ReplyDelete
  4. Hi Ucing singgah dari segmen mia liana (^_^).Selamat berpuasa...

    ReplyDelete