Monday, January 23, 2017

Officially tamat zaman study


Salam Readership. Kali nak ceta bahawasanya Cik Miela dah tamat zaman study 😄. Sepatutnya update entri tajuk ni pada awal bulan satu selepas habis paper terakhir degree pada 4 haribulan *ingat lagi 😂. Tapi mood update muncul hari ni. Rasanya tak terlambat lagi kan?, huhu. 

Korang tengok tajuk pun dah tahu. Actually officially dah habis zaman belajar tapi belum rasmi jadi alumni USM sebab ada lagi satu semester iaitu satu sem focus totally to internship. Lepas ni takde nak pergi kuliah macam selalu. Takdalah sibuk kejar due date assignment. Paling penting dah tak jumpa manusia yang menstresskan hidup😪. Tinggal kat USM dah tak lagi, sebab dah dapat tempat pratikal dekat rumah.

Ada kawan tanya Miela, tak rindu ke USM?. Giler kau tak rindu, 3 tahun setengah duduk kat USM. First Miela akan rindu kawan-kawan yang banyak membantu Miela susah senang masa kat univerisiti. Even nampak jarang whatsapp dengan depa nak tanya khabar tapi Miela jenis prefer jumpa atau otp dengan kawan baik untuk tanya khabar. Sebab bila bercakap lagi puas daripada bermesej atau whatsapp untuk lepaskan rindu.

Second thing rindu everthing about penang. Makanan dan tempat memang best kat penang. Tau lah kan penang femes dengan makanan sedap-sedap. Even entri blog ni banyak update pasal makanan 😂. Masa duduk kat USM kalau keluar je tempat paling kerap pergi Bukit Jambul itupun kalau nak shopping beli bekalan makanan. Kalau melepak sikit tengok wayang kat Queensbay. Dua-dua tempat ni memang dekat giler memang jadi port budak USM outing. Dalam 10-15 minit dah boleh sampai.

Third ni Miela rasa sapa yang habis study confirm akan rindukan ini, kehidupan sebagai student. Even kadang-kadang stress nak capai gred lah sampai satu tahap rasa lulus pun dah okay. Belum masuk lagi dapat group assignment yang hackkan markah group assignment 😥. Dan kisah nak pergi kuliah sampai tersesat pun ada. Eh banyak benda nak ceta kehidupan zaman study ni. Tak cukup, well 3 tahun setengah begitu banyak pahit manis sebagai student ni.

Ok sebenarnya Miela bajet-bajet sedih lah konon 😝. Memang lepas ni kehidupan tak kan sama yang dulu. Tapi penang punyalah dekat 3 kali tol dah sampai USM *perjalanan ke USM ambil masa  lebih kurang 1 jam 15 minit. So rindu je, ada masa boleh melawat jaa penang. Cuma nombor satu dan tiga tu tak nafikan takkkan kekal ada masa hang kena lepaskan dan akan merindui dalam memori. Tapi nombor dua tu, penang kot dekat jah cik oi. Penang duduk situ jugak.

Perancangan lepas ni, bulan 3 akan start berpratikal selama 4 bulan. Ada lagi kawan-kawan tak sama course dan jugak junior kat USM. So kalau ada masa nanti I melawat depa-depa kat sana. Perjalanan sikit je lagi nak habis degree ni. Insyallah diizinkan Allah, hujung tahun ni dapat bergraduasi. Amin.



2 comments:

  1. Penang best! Especially makanan. Mmg rasa nak pergi lagi dan lagi. Hehe.. Now, cari kerja! Sama samalah kita. 😅

    ReplyDelete
  2. tahniah miela.
    akan bermula diari bekerja la pasni.
    good luck. gonna be fun :)
    pe pon, akak perlu akui, zaman blaja di U adalah zaman terbaik!

    ReplyDelete