Salam readership. Dalam entri terdahulu Miela dah pernah cerita yang Miela bila dah mahir guna Adobe Photoshop maka banyak job poster pernah buat. Boleh baca di entri ni untuk tengok artwork lama. Rasanya tak terlambat nak review artwork tahun lepas punya, hehe. Tahun 2016 banyak job poster buat, ada jugak income tambahan sikit walaupun tak banyak. Suka buat grafik meskipun degree tak ambil pun course grafik. Daripada join kelas basic adobe photoshop sampailah boleh buat macam-macam poster.




Untuk artwork rangga ni, hat ni buat sekadar suka-suka. Mungkin tak boleh move on dengan Ada Apa Dengan Cinta masa tu haha. Artwork ni buat guna Ai dan Adobe Photoshop. Tak susah mana pun buat guna teknik image trace beberapa kali so dia akan jadi gambar tu sesesolah gambar tu dipotretkan gitu.


Poster paling Miela suka dalam tahun 2016. Actually 100% guna Ai. Ai Miela memang tak berapa mahir sangat guna, tapi bila dah try main boleh hasilkan poster juga. Poster simple tapi kaler background nak menyerlahkan lagi poster. Gambar orang dalam poster pun dapat kualiti yang bagus lagi memudahkan kerja.


Poster paling payah nak buat untuk tahun ni. Dengan orang suruh buat design ni agaklah cerewet sampai berpuluh kali edit dalam masa 2 minggu. Miela tak berapa minat kalau buat poster infografik sebab idea agak limited sebab poster infografik tak focus cantiknya design tetapi cara tonjolkan data infografik.


Ni Miela buat poster kawan Miela sendiri. First time buat poster kena ada elemen tradisional gitu sebab detail poster mengenai pantun no wonder perlu ada elemen tradisonal. 




Poster buat untuk kawan daripada course pendidikan, bakal cikgulah katakan. Ini first time juga buat poster kartun macam ni. Tapi untuk first time rasanya tak berapa kemas sebab crop gambar orang tak berapa cantik dan tak matching sangat dengan kepala orang dengan badan kartun. Mungkin sebab salah faktor kualiti gambar tak berapa cantik. Tapi seronok gak buat poster macam ni, nampak comel hehe.


Sekian lama tak dapat tempahan poster dari client luar, so poster ni simple tapi dapat bayaran lebih sikit daripada client luar. Kalau buat poster untuk student selalu bagi harga murah, sebab faham-faham kan student mana ada duit banyak sangat lagipun tolong atas dasar kawan. Poster ni senang je nak buat tapi leceh sikit asyik kena tukar detail. Kalau tukar detail banyak kali Miela ok je, kalau tukar design banyak kali tu yang stress.



The last. Poster ni buat dalam masa kurang 2 jam gitu. Tak tau nak komen apa sebab rasa macam kurang sikit poster ni maybe tajuk font tu kurang menarik kot. Biasalah bila ada banyak pengalaman buat poster, memang walaupun poster dah siap mesti tak pernah rasa poster dibuat tu perfect. Sebenarnya banyak lagi poster di buat tahun lepas tapi rasanya kalau tunjuk semua tak menang nak scroll entri ni. 

Kalau ada berminat buat tempahan poster boleh pm di Facebook Salmila Nadia atau emel di salmilanadia@gmail.com. So far Miela free untuk buat poster sampai hujung bulan 2. Tapi start bulan 3 dah slow buat poster sebab busy intern. Tapi masih boleh buat poster masa tu cuma tak boleh terima urgent request ye. 

0 Comments