Friday, December 22, 2017

Malaysia Airlines (MAS) Pilihan Penerbangan Terbaik Untuk Bercuti

Salam Readership. Hai hampa. Agak-agak kan kalau kita nak pergi ke Sabah, Indonesia, Korea, Landon atau tempat yang  jauh-jauh tu, kita mesti kena naik flight kan? heee. Hampa naik flight bukan untuk bekerja je, boleh juga pi untuk bercuti ke ataupun kalau ada games di negara lain yang mesti menggunakan flight atau kapal terbang.

Bila naik flight ni memang memudahkan kita untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain tak perlu naik kapal yang ambil berhari-hari untuk sampai. Selain tu,  kita boleh pergi ke tempat yang jauh dari tempat kita. Walaupun ada baik atau buruk naik flight ni, penerbangan airlines masih ramai lagi digunakan. Paling hampa nampak kelebihan dia sangat menjimatkan masa. Sebelum ni, kalau kita nak pi satu tempat, kita mesti naik kereta atau kapal, dan lama jugak nak sampai. Contohnya, macam kalau kat Malaysia, orang dulu-dulu akan naik kapal untuk menunaikan ibadah Haji kat Mekah dan perjalanan tu ambil masa dalam 3 ke 4 minggu juga nak sampai ke sana. Tapi zaman laa ni, kita dah boleh naik flight untuk pergi ke Mekah. Kat Malaysia ni, terdapat banyak jenis airlines yang ada seperti AirAsia, MAS, Malindo, FireFly dan macam-macam lagi. Tetapi kalau hampa nak tau, MAS atau Malaysia Airlines merupakan sebuah syarikat penerbangan yang terawal dan tertua di Malaysia sebelum adanya airlines yang lain. Kira syarikat MAS ni penerbangan yang lagend laa.


Gambar zaman dulu-dulu naik kapal pergi mekah

Dan hampa tau tak,  yang MAS ataupun Malaysia Airlines adalah sebuah syarikat penerbangan nasional Malaysia yang menawarkan mod pengangkutan yang terbaik untuk terbang ke, dari, dan sekitar Malaysia. Sebagai ahli perikatan satu dunia,MAS menawarkan pengalaman perjalanan yang lancar ke lebih daripada 1,000 destinasi di lebih daripada 150 buah negara. Seyies banyak kan?.  Malaysia Airlines juga menawarkan tiga jenis kelas penerbangan, seperti Kelas Ekonomi, Kelas Perniagaan, dan Kelas Pertama. Tapi based on pengalaman kawan mila sendiri, naik kelas ekonomi dengan MAS pun dah selesa sangat better lain airlines lain.



Contoh kelas pernebangan pertama MAS airline

MAS juga mampu mengakses ke lebih daripada 650 lapangan terbang lapangan terbang di seluruh dunia. Hampa mesti kagum kalau Miela cakap yang pada awal 2016, Malaysia Airlines menandatangani perkongsian codeshare dengan Emirates untuk mengendalikan penerbangan di seluruh Asia, Afrika, Amerika, dan Timur Tengah.  Kiranya satu pecapaian yang besaq oleh Malaysia Airlines ialah Syarikat Penerbangan 5-Bintang dari Skytrax pada tahun 2009, 2012 dan 2013. Malaysia Airlines juga telah dinamakan Airline Utama Asia pada tahun 2010, 2011 dan 2013 oleh World Travel Awards. Kagum kan dengan MAS. Kalau kagum, selalu-selalu lah naik MAS hehe.

Alang-alang dah cerita tentang MAS, Miela nak bagi cara beli tiket flight MAS melalui Traveloka yang agak mudah untuk beli tiket flight ni. Mula-mula hampa kena la cari dahulu lepas tu dan tempah tiket penerbangan Malaysia Airlines hampa dalam talian melalui Traveloka untuk mendapatkan harga dan promosi terbaik. Di Traveloka, bila dah daftar hampa akan dapat promosi diskaun dari Traveloka setiap minggu. Jadi hampa jangan  risau kalau hampa nak pi mana-mana pun naik flight, dengan Traveloka, dah dapat diskaun.



Kini dah boleh booking flight melalui Traveloka

Berbalik pada membeli tiket flight tadi. Habis tu bagaimana nak membuat tempahan tiket?. Ini adalah cara yang hampa boleh buat untuk menempah tiket Malaysia Airlines melalui online:

1.      Pergi ke laman web Traveloka atau buka Traveloka App, Isikan butiran penerbangan dalam kotak carian, Pilih dan tempah penerbangan hampa, Isi maklumat hubungan dan butiran penumpang, . Okay settle bab isi maklumat ni
2.      Kemudian lengkapkan pembayaran melalui kaedah yang dipilih, hampa akan menerima e-tiket Malaysia Airlines dalam Tempahan Saya atau dalam e-mel.
3.      Lepas dah book, hampa kena la tahu cara untuk membayar tiket pula kan. Cara-caranya macam ni  boleh dibuat melalui kad kredit, perbankan internet, dan Cash on Counter. Untuk maklumat lengkap mengenai kaedah pembayaran, hampa boleh tengok kat Cara Bayar. E-tiket Malaysia Airlines. E-tiket Malaysia Airlines adalah bukti yang betul untuk tempahan penerbangan Malaysia Airlines. Hampa just kena tunjukkan tiket e-tiket semasa daftar masuk di kaunter Malaysia Airlines di lapangan terbang, atau gunakannya untuk daftar masuk diri, untuk mendapatkan pas masuk.
4.      Jika hampa belum menerima e-tiket dalam tempoh 60 minit selepas pembayaran selesai, hampa boleh hubungi Perkhidmatan Pelanggan Traveloka. Senang ja kan??. Hampaa boleh buat benda ni bila-bila masa je


That all. Jadi, hampa boleh plan la percutian sebaik mungkin dan book lah tiket flight hampa melalui MAS dan book hotel di Traveloka.

Saturday, December 16, 2017

Gambar photoshoot outdoor konvo

Salam readership. Hai dah sekejap dah masuk bulan 12 noh, huhu tak lama lagi umur meningkat. First of all I'm sorry for late update. Since dah kerja ni, dah jarang update blog sebab takda masa. Konvo dah sebulan dah berlalu. Time flies so fast. Tapi mood konvo ada lagi tau, so Miela nak tunjuk gambar photoshoot konvo. 

Kos photoshoot sangat jimat sebab Miela minta tolong kawan yang ada DSLR untuk shoot. Miela tak hire mana-mana photographer untuk ambik. Hmm sebab apa eh, sebab nak jimat duit kot 😂. Lagipun Miela reti edit gambar guna photoshop je tapi tak hebat mana pun. 


Gambar asal









Gambar yang telah diedit oleh Miela sendiri. Then gambar seterusnyaa.......











Time photoshoot ni laaa nak acah ala-ala model syiok sendiri. Lagipun nak dibuat kenangan katanya. Bukan senang pakai jubah purple tu,  4 tahun kena hadap assignment, test, presentation semua bagai. Ditambah perlu berhutang dengan ptptn untuk sambung belajar. Bila pakai, Miela rasa tak sangka, dah habis belajar rupanya aku. Insyallah kalau ada rezeki akan datang boleh sambung master tapi bukan dalam masa terdekat.

Sebelum nak menamatkan entri ni, Miela nak bagitahu shawl yang cantik yang mila pakai dari ErekaJuspoh dan tunic labuh ala oversea dari ByNurhafizah. Korang boleh klik di link bawah untuk lihat  lebih lanjut tentang produk keluarkan mereka ni. 

Sunday, November 12, 2017

My Graduation day!!

Salam Readership. Sudah tentulah hari bersejarah dalam hidup nak kongsikan dalam blog ni. Maklumlah kot anak cucu boleh tengok balik blog ni. Mila baru je konvo pada 31 oktober bertempat di USM Pulau Pinang. Sumpah rasa tak percaya jika dipikirkan jalan hidup Mila dari sekolah rendah macam takda harapan nak masuk U haha. Paling tinggi cita-cita nak ambik diploma dah cukup. Alhamdulilah pada 31 Oktober Mila dianugerahi Ijazah Sarjana Pengurusan Kepujian (Pemasaran). This is my first time my formal graduation, sebab Mila dulu skip ambik diploma sebaliknya ambik program matrikulasi dulu. Here I just wanna share a few picture on my graduation day.



Selfie dulu dengan kawan-kawan school sebelum naik pentas 😁




Berdebar-debar tak naik pentas?. Mula-mula kat tempat duduk rasa berdebar juga, tapi lama-lama tu rasa berdebar tu hilang sebab menunggu turn naik atas pentas sejam lebih. Alhamdulilah takde buat mistake apa kat atas pentas haha.  Yang penting gambar masa kat pentas tu cantik sebab kite cover cun 😝.


Lepas je keluar dewan tu dapat juga tangkap gambar dengan  family kawan baik. Bukan senang nak tangkap gambar macam ni family kawan baik. Tempat duduk dalam dewan jauh-jauh, ingatkan tak sempat jumpa lepas habis majlis.





Lepas tu pula, ada juga beberapa orang junior sudi datang majlis konvo kita. Mereka semua kenal sebab join program Kampus Sejahtera sama-sama. Masih ingat jugak lah kat hakak ni walaupun hakak dah habis study huhu.



Last but not least majlis konvo kurang bermakna kalau takda family sekali. Alhamdulilah Mila anak sulung dan yang pertama dapat ijazah dalam family.


Tak lupa juga yang sudi bagi hadiah konvo. Tau-tau je Mila memang minat gila doraemon 😂😂😂. Suka sangat hadiah depa bahagi.


Thats all the story about my graduation day. Segala usaha dan pahit manis dalam mencapai ijazah 4 tahun kini terbalas jua. Ada banyak lagi story nak update dalam blog. Cuma kekangan masa bila dah bekerja ni. Next entry insyallah tentang shoot outdoor konvo pula 😄.

Sunday, October 08, 2017

Bakal bergraduasi tak lama lagi!

Salam Readership. Miela nak kongsikan berita gembira kepada korang yang Miela tak lama lagi convo dalam masa 3 minggu lagi huhu. Syukurlah susah perit 4 tahun akan terbalas dengan scroll ijazah sarjana muda.


Minggu lepas baru sahaja dapat surat pengesahan tamat pengajian. Syukur juga dapat tamat pengajian on time. Okay untuk yang belum tahu lagi, Miela dulu study kat USM mengambil Ijazah Sarjana Muda Pengurusan bermajorkan Pemasaran dan Minor Pengajian Islam.


Majlis konvokesyen dijangka bermula 28 oktober sehingga 2 November di Dewan Tuanku Syed Putra, USM Pulau Pinang. Turn Miela konvo pada 31 Oktober, Selasa petang. Sebelum konvo ada banyak benda settle seperti nak apply cuti, isi borang, jawab survey graduan dan bila nak dekat konvo kena ambik jubah dan kena hadiri raptai. Tak lama dah ni, huhu excited juga. Doakan Miela dipermudahkan urusan ya!. Amin.

p/s: Sorry entri hari ni ringkas sangat. Tak tahu nak bebel apa lagi haha 😂. I think I'm too excited to tell others I will graduate soon. 

Wednesday, October 04, 2017

Kisah bagaimana boleh aktif berpesatuan

Salam Readership. Entri kali ni Miela nak share pengalaman sangat berharga masa masuk univerisiti. Dulu-dulu masa zaman sekolah, Miela memang tak aktif langsung. Sukan lagi lah, tak pernah terlibat langsung. Percapaian yang nampak hebat, anuegerah nilam je. Haha nampaknya skema hidup dengan buku-buku ni.


Masa zaman sekolah sekolah dulu, Miela takut sangat nak bercakap depan orang. Salah satu sebab takda kenyakinan diri. Tambah pula, dulu-dula kelas bawah je. Segala pertandingan pidato ke, coral speaking, nasyid semua langsung takda rasa nak join. Lagipun benda macam ni selalunya dimonopoli budak kelas atas. Sebab rasa diri tak layak. Dan low confident masa tu membelenggu dalam diri sampai habis sekolah.

Bila masuk universiti timbul satu dasar yang dimana kalau nak dapat hostel kena aktif. Untuk dapatlkan hostel kena kumpul mata mycsd. Mycsd lagi banyak kalau pegang jawatan tinggi. Kalau nak sewa rumah luar hostel memang mahal, plus masalah transport. Tapi masa tu redha je kalau tak dapat hostel sebab masih dalam gua lagi tak mau aktif.

Entah macam mana boleh terlibat dengan aktviti persatuan ni bila kawan ada ajak. Kebetulan dia tengah cari orang untuk edit poster. Jadi, oklah sebab tak perlu nak face orang kan?. Jadi edit poster buat kat bilik dapat mata jawatan banyak.

poster pertam dibuat untuk persatuan

Kemudian lepas tu, Miela dapat satu idea nak kumpul mycsd banyak dengan jadi tukang edit poster. Masa tu dapat survive kumpul mycsd banyak sampai habis semester 2. Tapi ada benda berjaya berubah Miela daripada buat kerja di dalam bilik bertukar join aktiviti luar. Sebab kenal kawan yang aktif pesatuan,  sekali dia terus minta Miela untuk jadi sukarelawan jaga pendaftaran. Masa tu rase takpe kot join, ada kawan taklah segan.

Kisah tu tak stop sampai situ je, bila pernah buat job buat poster kat organisasi lain secara tetiba orang lain minta jumpa untuk upkan jawatan sebab dia nampak Miela berpotensi. Masa tu terkejut sangat, tak tahu macam mana depa boleh nampak potensi Miela. Tapi sebab Miela tak reti nak tolak so terima jelah. Sebab masa sekolah, peluang macam ni tak pernah datang huhu.


Sampai macam-macam jawatan pernah pegang ajk pendaftaran la, jaga booth, jaga peralatan, cari sponsor, buat paperwork dan penolong timbalan. Benda paling bermakna bila dapat jadi Pengarah Projek dan Ketua Kluster. Semua tu datang bila Miela berjaya tunjukkan kat orang Miela pun boleh buat kerja pesatuan.

My team, Kluster Air Kampus Sejahtera

Bila difikir balik sebenarnya Miela ada satu sifat leadership cumanya sedar agak lambat. Actually sifat leadership ni sebenarnya semula jadi sebab Miela anak sulung. Tapi masa tu anak sulung rasa tak yakin sangat nak arah adik sendiri dan lebih banyak mengalah. Apa yang Miela nampak awal-awal, Miela banyak mengarah dan merancang untuk aktiviti dengan kawan-kawan haha. Dan sifat leadership berjaya di gilap bila join pesatuan.

Apa yang korang nampak segalanya Miela bermula dari bawah. Dari buat kerja dalam bilik, kemudian pegang jawatan kecil hingga jawatan ketua. Jadi korang kalau nak ubah diri tu biasanya ambil masa bukan terus naik keatas. Jika ada peluang, guna peluang sebaliknya. Join pesatuan kat univerisiti sangat best, memang payah nak jumpa pengalaman lepas kerja. Jadi enjoy your university life. 

Thursday, September 21, 2017

Review Pecal Lele Ibu Aminah, Relau Bayan Lepas

Salam Readership. Siapa pegemar Pecal Lele kat sini? Angkat tangan! ✋. Actually dulu-dulu tak kenal Pecal Lele ni. Ingatkan makanan tu daripada Kelantan rupanya dari Indonesia 😅. Noob betul, haha confident je ingat makanan dari negeri lain. Tapi sekarang Miela memang dah jadi pegemar Pecal Lele 😋.

Pecal lele Ibu Aminah, Relau

Lepas habis study USM, memang rindu jugak dengan Pecal Lele Relau. Sebab study kat Penanglah Miela kenal makanan Pecal Lele dari Indonesia ni. Macam-macam Pecal Lele Miela pernah makan disini. Tapi hat kat Pecal Lele kat Relau paling sedap meh kat penang. Minggu lepas Miela berkesempatan singgah lagi Pecal Lele, Relau ni masa mai penang. Haha kelakarnya sebab dah banyak kali makan kat sini, baru nak review 😂.

Pecel Lele Relau atau dikenali sebagai Pecal Lele Ibu Aminah ni berdekatan dengan Kolej Komuniti Bayan Baru. Kalau hampa waze, confirm jumpa punya. hehe. Situlah port budak USM lepak makan tengah hari. Kalau study kat USM, wajib tau try Pecal Lele ni.



Selain jual Pecal Lele, Ibu Aminah jual pelbagai jenis makanan Indonesia seperti gambar di atas tu yer. Antara menu lain hampa patut try ialah Pecel Ayam dan Bakso. Memang sedap sangat. Orang duduk area Bayan Baru memang rugi kalau tak rasa makanan kat warung Ibu Aminah.



Tadaaaa makanan dah sampai. Ketika entri di taip pun, rasa nak je lagi makan Pecal Lele ni. Tapi tu la, sekarang duduk di Perak. Susah sikit nak makan Pecal Lele Relau ni selalu huhu. Apa-apa pun Miela memang recommended untuk hampa try Pecal Lele Reay, Bayan Lepas ni. Worth to try. Miela bagi 5 bintang 🌟🌟🌟🌟🌟 untuk Pecal Lele Ibu Aminah

Sunday, August 27, 2017

Cara panjangkan bulu mata tanpa bulu mata palsu

Salam Readership. Rasanya kali pertama tetiba sesat buat entri tentang tips kecantikan. Okay takpelah, sebab Miela pun berazam nak pelbagaikan skop entri di blog ni hehe. Honestly Miela suka dapatkan tips kecantikan dari korea selatan. Kenapa ya? sebab kebanyakan tips kecantikan mereka lebih mementingkan kecantikan natural gitu. Salah situ info salu daptkan daripada Beauty Bible.


Antara tips Miela suka daripada Beauty Bible yang diatas ni hehe. Lagipun Miela memang tak reti pakai bulu mata palsu, memang mencabar daripada lukis kening haha. Lagipun hukum memakai bulu mata palsu seseolah haram sebab dia seakan-akan menyambung rambut. So elak pekara sebegitu mungkin try tips tanpa perlu memakai belum mata palsu.

1. Kedudukan cermin


Pekara asas nak memakai mascara ialah kendudukan cermin. Cermin mestilah kebawah dari muka. Dengan kedudukan cermin macam ni lagi senang nak apply mascara.

2. Gulung bulu mata dalam bentuk J

Kebanyakan orang kalau nak gulung bulu mata bentuk C sebab nak nampak bulu mata naik ke atas. Tetapi kalau gulung bulu mata dalam bentuk J akan menampakan bulu mata lagi panjang. Cara nak gulung bulu mata ialah gulung bulu di hujung sahaja bukan di kesuluruhan bulu mata ya.

3.Guna Dr.Mascara Fixer For Super Long Lash
Memang tak dinafikan banyak review yang best tentang Dr.Mascara Fixer For Super Long Lash dari Etude House. Cari sahaja review di google atau youtube, ramai yang mengatakan produk Dr.Mascara Fixed sangat bagus. Fungsi benda ni adalah untuk panjangkan bulu mata dan menjadikan curl bulu mata tahan lama. Harga di website Althea ialah RM20, tak la mahal sangat kan?.


4. Apply mascara dihujung bulu mata


The last tips, ni paling best. Tak kisah korang pakai mascara murah atau mahal, kalau apply tak kena cara memang tak beri kesan sangat. Tipsnya lepas apply mascara ke seluruh bulu mata, untuk panjangkan bulu mata cuba sapukan dihujung bulu mata sampai nampak hasilnya. Kalau boleh sisa baki ink mascara sapu sikit hujung-hujung bulu bagi melekat.



Untuk first try berdasarkan tips daripada Beauty Bible, nampak tak sebelah bulu mata nampak sikit menonjol? hehe. Sebenarnya Miela tak guna pun Dr.Mascara Fixer sebab tak beli lagi. Kalau pakai Dr Mascara fixed mesti nampak lagi cantik bulu mata. Tapi bolehlah kan, Miela pun pakai mascara murah-murah je tapi ikut tips di atas agak menjadi.  Kalau nak faham lagi tips panjangkan bulu mata boleh tengok video dibawah.


Monday, August 21, 2017

Tutorial blogskin simple

Salam readership. Agak mengambil masa juga Miela nak jawab soalan pengunjung blog sorang ini. Tapi Miela usahakan untuk menjawab oalan pengunjung blog. Ada yang tanya blog ni pakai blogskin apa?. Loading jugak nak jawab sebab ingat-ingat lupa gitu. Bukan apa, setahun sekali Miela tukar blog skin, kadang-kadang satu tahun tu tukar kaler je. Apa yang penting bagi Miela biarlah blog ni nampak kemas dan cepat loading je tak perlu design lawa-lawa sangat pun. 

Template blog memang Miela design sendiri dan sebahagian daripada tutorial di internet. Namun ada 3 point yang penting dalam pengunaan blogskin Miela gunakan.

1.  Template simple

Basic utama Blog Cik Miela mengunakan template simple. Template simple ni ringan dan mudah nak edit sendiri. Template ini memang ada disediakan di blogger. Just pergi theme>customize>theme>simple.


2. Guna background menarik
Untuk background pula, tak payah susah-susah edit code html just pergi theme>customize>background. Dan jumpa seperti dibawah.


Korang boleh gunakan background yang disuggestkan atau ada di internet. Selalunya Miela ambil backrground dekat Zingerbug dari dulu hingga sekarang.


3. Sidebar dan post title background
Template simple nampak kosong jika tiada warna dan font menarik. Di bahagian ini Miela tak dapat terangkan secara detail tentang cara tukar sidebar dan post title background. Untuk tukar background sidebar dan post title boleh cari tutorial di google. Sebab Miela pun ambil tutorial digoogle setiap kali nak menukarnya 😅. Kat situ bermacam-macam tutorial ada, tinggal tukar warna atau background sahaja. Kalau font pula senang je pergi theme>customize>advance.



Miela harap jawapan ini dapat kepada yang menayakanya tentang blogskin Miela gunakan. Ya langsung tak mengunakan template special pun. Yang paling penting blog kita mesti mesra penguna, ringan, mudah dibaca dan kemas itu sahaja. 


Saturday, August 19, 2017

Komik Boruto Vol 1 & 2

Salam Readership. Untuk masih tak tahu kenapa tetibe je muncul anime Boruto. Anime Boruto ni merupakan kisah kesinambungan genarasi selepas Naruto. Masa ni kira era pemerintahan Hokage ke-7 iaitu Naruto. Tapi cerita ni lebih fokus pada si anak dia Boruto daripada Naruto sendiri. Begitulah ringkasan mengenai Boruto dalam tiga ayat haha. 

Actually Miela sendiri tak sangka boleh terjebak anime walupun umur macam ni dah boleh kahwin  dah 😆. Ini semua pengaruh daripada adik la ni. Habislah setiap minggu ternanti episode baru siri Boruto ni. Lagipun siri ni baru lagi, kalau anime dah masuk ep 20. Nampak nak tunggu epsiode Boruto tamat maybe lagi 15 tahun nampaknya. Masa tu mungkin dah beranak pinak kot diri ni.



Yang terjebak beli komik Boruto pun satu pasal jugak haha. Bukan apa sejak menganggur ni lagi kuat sikit nak kawal pembelajaan. Kalau boleh nak berjimat dan utamakan beli keperluan. Tapi tadi tak dapat kawal nafsu, terbeli jugak 😂. Lagipun harga komik tak mahal, RM 7 satu buku. 

Isi komik Boruto vol 1

Isi Komik Boruto Vol 2

Miela beli komik ni dekat kedai komik Sunway Carnival Mall, Penang . Kalau nak dapat online boleh juga, boleh kat 77 Manga - Bahasa Melayu. Cuma beli kat kedai untung tak payah kena bayar postage hehe. Kalau dah terjebak beli daripada start vol 1 alamatnya mesti nak kena beli komik sampai tamat kisahnya. Dulu-dulu pun suka juga baca komik cuma tu la tak reti jaga semuanya kemudian hilang entah ke mana. Laa ni dah besaq, kena jaga elok-elok. Mungkin boleh diwarisi komik ni untuk keturunan 😁.

Friday, August 18, 2017

Blog Cik Miela lulus Goggle Adsense

Salam Readership. Lambat sikit update tentang berita gembira ni ya. Sebenarnya dalam dua hari lepas tak sangka dapat emel yang Blog Cik Miela lulus goodle adsense. Waktu dapat emel masa tu waktu nak lelapkan mata dalam pukul 11.55pm macam tu. Rasa tak percaya, terus bukak laptop double check emel. Memang betul blog ni dah lulus letak ads dari google. Apa lagi masa tu terus letak iklan dalam blog secepatnya.



Sebelum ini Miela pernah juga mohon google adsense tapi tak lulus. Tapi untuk kali kedua mohon, alhamdulilah lulus. Seriously tak letak harapan untuk blog lulus google adsense sebab blog Miela sendu sikit. Update tak la selalu, sebulan pun update hanya beberapa entri sahaja. Pageview kurang daripada 500 je sehari. Tapi maybe sebab Miela dah berblogging dah lama, sejak zaman sekolah menegah lagi. Walaupun jarang update selalu, tapi Miela selalu pastikan blog ni hidup. Paling busuk pun sebulan kena ada 2 entri haha. Sehingga hari ni jumlah entri dipublish 490.

Masa kali pertama kena reject tak rasa nak mohon lagi sebab rasa tak confident 😂. Tapi semangat nak mohon kali kedua tu datang bila ramai blogger mohon kebanyakanya dah lepas. Jadi tak salah nak cuba lagi sebab bukan rugi pun kan.

Waktu tunggu lulus adsense agak lama jugak. Dalam 2 3 minggu macam tu. Tapi tak rasa tertunggu pun, macam kata tadi tak letak harapan sangat. Tapi alhamdulilah lulus juga dengan jayanya. Jadi rakan blogger yang belum lulus tu boleh mohon lagi tau. Disamping tu update entri blog, kumpulkan follower dan try buat entri SEO. Insyallah blog korang pun ada pontensi untuk lulus adsense. 

Thursday, August 17, 2017

Pemenang Segmen Bloglist 2.0 by Cik Miela

Salam Readership. Maaf agak lambat nak umumkan pemenang. Busy sikit lately ni. Segmen ni baru tamat pada ahad lepas. Alhamdulilah, ada sambutan daripada rakan blogger. Bilangan pemenang asalnya ada 10 tapi Miela  tambah lagi 5. Jadi pemenangnya ialah.......



Pemenang bloglist 15 X Bloglist 6 bulan+++



Tahniah kepada semua pemenang. Senarai pemenang ni akan segera diletakan dalam bloglist. Miela juga nak ucapkan terima kasih kepada semua peserta yang sudi join segmen bloglist kali ni. 

Tuesday, August 08, 2017

Senarai Peserta Segmen Bloglist 2.0 by Cik Miela



Salam Readership. Sorry lambat sikit update senarai peserta. Boleh lah start blogwalking yer.

18. https://adeliazahrah.blogspot.my/2017/08/segmen-bloglist-20-by-cik-miela.html
19. http://www.zaizamree.com/2017/08/segmen-bloglist-20-by-cik-miela.html
20. http://seindahcerita.blogspot.my/2017/08/segmen-bloglist-20-by-cik-miela.html
21. http://galaksiviral.blogspot.my/2017/08/segmen-bloglist-20-by-cik-miela.html
22. http://ape-kinah.blogspot.com/2017/08/segmen-bloglist-20-by-cik-miela.html
23. http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/08/segmen-bloglist-20-by-cik-miela.html
24. https://makbapakkauhijau.blogspot.my/2017/08/segmen-bloglist-20-by-cik-miela.html
25. https://anzrarizalbuddy.blogspot.my/2017/08/segmen-bloglist-20-by-cik-miela.html
26. https://ikashoid.blogspot.my/2017/08/segmen-bloglist-20-by-cik-miela.html
27. https://thebeautyofsplendid.blogspot.my/2017/08/segmen-bloglist-20-by-cik-miela.html
28. http://themaiman.blogspot.my/2017/08/segmen-bloglist-20-by-cik-miela-1308.html
29. https://aztieyshana.blogspot.my/2017/08/segmen-bloglist-20-by-cik-miela.html
30. https://kanvasdakwat.blogspot.my/2017/08/segmen-bloglist-20-by-cik-miela.html
31. http://elsaalicious.blogspot.my/2017/08/segmen-bloglist-20-by-cik-miela.html
32. https://nnizati.blogspot.my/2017/08/segmen-bloglist-20-by-cik-miela.html
33. http://marblemomo.blogspot.my/2017/08/segmen-bloglist-20-by-cik-miela.html


Friday, August 04, 2017

Segmen Bloglist 2.0 by Cik Miela

Salam Readership. Kali ni Miela kembali nak buat segmen bloglist memadangkan agak lama tak buat segmen sebegini. Just simple segmen sahaja selain nak tambah lagi kenalan di blog ni. Tambahan pula memang bercadang nak tukar bloglist baru. 


Syarat - syarat:
1. Follow Blog Cik Miela
2. Like Page Blog Cik Miela atau follow Twitter Cik Miela *salah satu atau kedua-duanya
3. Buat Entri Segmen Bloglist 2.0 by Cik Miela beserta gambar diatas.
4. Komen di entri ni beserta link entri Segmen Bloglist 2.0 by Cik Miela

*setiap penyertaan akan disemak


Tempoh penyertaan: 04/08/2017-13/08/2017 


Hadiah:
10x bloglist untuk 6 bulan keatas *kemungkinan akan tambah lagi 5 bloglist jika lebih penyertaan




Wednesday, August 02, 2017

Rezeki Carousell: Terjual 6 Novel sekaligus

Salam Readership. Alhamdulilah hari ni murah sangat rezeki sebab ada customer beli novel preloved dari Corousell sebanyak 6 biji novel sekaligus. Makin lama rak novel agak lenggang sikit. Sememangnya Corousell boleh dijadikan sumber pendapatan untuk menjual barang-barang terpakai. Setakat ni sudah 10 novel/buku sudah terjual di Corousell.

Miela sukakan jual barang di Corousell sebab laman web/aplikasi Corousell sangat ringan dan mesra pengguna. Tiada tempoh had masa iklan berlangsung dan Corousell selalu buat event yang boleh dijadikan platform untuk promote barang yang kita jual. Pengalaman pertama mengunakan apps Corousell juga Miela pernah cerita disini

6 buah novel dibeli oleh customer tadi

Ada orang tanya macam mana nak jualan laku di Corousell?. Miela biasanya akan upload barang nak dijual pada waktu tertentu dan tidak upload semua barang sekali gus. Kenapa? sebab kalau upload semua barang yang kita nak jual dalam satu masa listing barang akan muncul dalam satu masa sahaja. Tetapi upload lain-lain masa contohnya pagi upload buku terpakai, tengah hari upload baju dan petang upload barang makeup atau selang sehari upload supaya listing senang naik. Lagi satu kita nak tunjuk yang kita seller aktif kalau update jualan setiap hari.

Tapi jangan risau, kelebihan Carousell ni walaupun barang hampa dah jual berminggu still muncul dalam listing cuma hampa kena rajin bukak akaun Carousell. Sebab kalau tak aktif akaun coursell barang listing susah sikit nak up. Dan satu tips lagi untuk jualan laku di Carousell ialah dengan rajin sertai event-event ada Carousell. Selalunya Coursell akan bagi notifikasi event akan datang dan kita boleh join dengan pakai hashtag atau tetap harga bersesuaian dengan event. 


Event terbaru Carousell #SemuaPercumaMarket dimana-mana barang dijual semuanya percuma dan mungkin ada syarat tertentu dari seller. Boleh usha di link ini untuk grab barang percuma. Selamat menjual dan membeli di Corousell!!. 

Tuesday, August 01, 2017

Resepi Ayam Masak Paprik Mudah

Salam Readership. Terlalu lama rasanya Miela tak update entri berkaitan resepi. Adakah Cik Miela sudah jarang ke dapur? 😅😅😅. I'm not sure. Kadang-kadang ke dapur, kadang-kadang tak jugak haha. Yang pasti rindu nak update entri pasal resepi ni.

Kali ni Miela nak kongsikan resepi Ayam Masak Paprik. Resepi ni sangat senang. Kalau korang try buat ikut cara yang betul sumpah rasa Ayam Paprik macam masak kat kedai. Actually masak Ayam Paprik mudah je, campak-campak je gitu. 



Bahan-Bahan
Ayam bahagian dada di potong kecil
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar pes tomyam (jika sukakan aroma ala Thailand)
Sedikit kicap manis
2 ulas bawang dihiris halus
1 bawang besar dihiris bulat
1 cili merah dihiris
5 biji cili padi diketuk (kalau suka pedas boleh lebih)
Sayur-sayuran seperti Kacang panjang, Jagung kecil, Lobak merah dan daun limau

Cara-cara

1. Tumis bawang kecil dan bawang besar sehingga wangi
2. Masukan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak.
3. Masukan semua sos. Kacau hingga sebati
4. Masukan isi ayam dan jangan lupakan masukan air supaya kuali tidak kering
5. Masukan garam dan serbuk perisa
6. Akhir sekali masukan cili dan sayur yang anda suka.
7. Masak sehingga sayur empuk dan sedia untuk dihidangkan


Mudah tak resepi ni?. Isi ayam hampa agak-agak makan 4-5 orang. Actually keenakan paprik sangat bergantung kombinasi sos tu. Sos cili bagi rasa pedas, sos tiram bagi rasa masin dan sos tomato dia ada rasa masam-masam sikit. Tapi kalau sos terlalu banyak tak best juga, kena ada air sikit jangan terlalu pekat betul-betul macam sos dalam botol 😂 tau.

Sunday, July 30, 2017

Download template Power Point gempak dari The Popp

Salam Readership. Entri kali ni Miela nak sharing dengan korang untuk dapatkan template Power Point yang gempak yang confirm puas hati punya. Kebiasaanya kalau nak presentation yang memikat hati penonton, slide yang menarik merupakan salah faktor yee. Kadang-kadang kalau slide nampak bosan pun, orang hilang perhatian. Selama 4 tahun Miela study selalunya akan google template Power Point biasa-biasa jer cumanya The Popp sangat lain daripada sumber template Power Point laman web lain.


Inilah laman web The Popp. Dibawah ini Miela tunjukkan beberapa template yang kreatif daripada The Popp.







Template Power Point daripada The Popp bukan sahaja kreatif dan menarik malah yang membezakan template daripada laman web lain dari animation nampak professional. Kalau nak tahu macam mana smartnya template dari The Popp kena usha laman webnya. Jangan lupa bookmark terus senang untuk presentation kemudian hari. Korang pula bagaimana, ada lagi tak laman template Power Point yang menarik ?. Kalau ada boleh komen suggestion di entri bawah ni.