Sunday, July 17, 2016

Cara membuat Eko Enzim

Salam Readership. Tahu tak apa itu eko enzim?. Eko enzim atau nama english dia eco enzyme merupakan sejenis cecair yang diperbuat daripada sisa-sisa sayur atau buah buahan, gula perang dan air. Selalunya ia digunakan dalam pertanian, ternakan, sistem saliran, dan pembersihan.

Masa kat USM, Miela rajin buat kompos. Dalam proses membuat kompos tu ada belajar cara nak membuat eko enzim sebabnya eko enzim ni digunakan dalam proses membuat kompos supaya kompos tu senang menjadi. 

Anatara hasil eko enzim kami buat untuk kompos

Ok let go macam mana nak buat eko enzim. Mudah sahaja uolz.

Bahan yang diperlukan;
- 1/4 Sisa Buah atau sayur untuk botol 1.5 liter
- Gula perang 150g
- Air secukupnya
- Botol 1.5 liter

* untuk hasilkan1.5 liter botol eko enzim

Cara-cara:
1. Potong buah atau sayur kecik-kecik supaya nanti sisa tersebut senang terurai.
2. Isi air dalam botol 1.5 leter, jangan penuh. Agak-agak 3/4 gitu. Tujuan adalah untuk bagi ruang gas proses fermentasi tu bertindak balas.
3. Kemudian masukan gula perang dan buah di potong.Kemudian tutup botol dengan penutup botol tetapi tidak telalu kejap
4. Siap untuk memerap sisa buah/sayur untuk 3 bulan untuk menghasilkan eko enzim yang sempurna. 

Untuk seminggu pertama rajin-rajinlah bukak penutup botol tu untuk buang gas. Jangan bukak terus ye, takut ada letusan tak diingini. Bukan apa pernah ada kes student bukak penutup botol yang ada enzim tak kena gaya habis meletop satu bilik. Mau berbau buah basi dalam bilik tu huhu. Ini kerana sisa buah/sayur tu sedang bertindak balas dengan gula perang untuk proses pemerapan menghasilkan gas. Buka penutup botol tu perlahan-lahan sehingga keluar gas. Bau gas kurang menyenangkan sikit la. Tapi bila lepas 3 bulan tak busuk da bau dia.

Buah yang dipotong
Buat enzim tepi lokang pun pernah. Nasib longkang tu bersih

Ni eko enzim versi lebih dekat

Lepas 3 bulan enzim dah perap, kami tuang untuk proses buat kompos

Eko enzim memang banyak sangat kegunaan dia bukan sahaja untuk buat kompos, malah korang juga boleh dijadikan eko enzim sebagai pencuci semula jadi untuk kotoran lantai, dapur, tandas dan lain-lain. Kebaikan dia juga sekurang-kurangnya daripada kita membazir sisa buah dan sayur yang tak pakai lebih baik digunakan eko enzim. Jadi jangan ingat sampah atau sisa tidak langsung berguna, sebenarnya boleh menemukan "new treasure".

3 comments:

  1. Serius tak pernah tau pulak kwujudan bnda alah ni. Thanks for sharing. :)

    ReplyDelete
  2. Go green! Pernah juga buat ni and yeah banyak sangat benefits dia!

    ReplyDelete
  3. selamat malam, rajin update blog ye..hehe..syira lokman datang intai blog lagi :D wowwoo...hebatt

    ReplyDelete