Saturday, May 28, 2016

Mee Udang & Ketam Parit 30, Kuala Kurau

Salam Readership. Lama jugak tak update blog. Tetiba hari ni update blog pasal makanan. Haha apa kes?. Ok sekarang ni Miela dah masuk minggu study week, minggu study balik la rumah memadangkan exam pun lambat start. Kat rumah study ke tak, itu belakang kira. Yang penting makan, yeahhh!!


Al-kisahnya Miela dah kempunan nak makan mee ketam, memadangkan jarang balik rumah sebab busy sikit hidup kat U. Sebelum ni dah 2 kali makan Mee Udang Parit Tiga Puluh. Tapi masa tu Mee Udang tu belum femes lagi kat fesbuk. Sekarang ni Kuala Kurau femes dah, sampai kawan-kawan dok tanya mee undang&ketam ni kat belah mana. Bangga jadi orang Kuala Kurau, sebabnya sebelum ni Kuala Kurau juga femes dengan Laksa Ketam, Shell Out, Mee Undang berasap dan Kerang Rebus. Pendek kata Kuala Kurau ni femes dengan keenakan makanan laut. Huhu.





Mee Udang & Ketam Parit Tiga Puluh terletak di Parit Tiga Puluh, Kuala Kurau sebelum nak ke Ban Pecah Tanjung Piadang. Jalan nak pergi kesana mengunakan jalan kampung, sambil-sambil nak makan boleh menikmati jalan kampung.

Makan bertiga

Mee Udang

Mee Ketam. Besar betul ketam dia

Mee kuah dia memang sedap sangat. Kalau yang tak suka makan mee boleh tukar dengan kuey teow atau meggi. Ada dua pilihan nak makan mee atau ketam. Kalau udang boleh dapat bawah RM 10 kot tak silap. Kalau hat yang ketam boleh dapat harga RM15.00 hingga RM25.00 sepinggan. Berbaloi dan murah!!. Ketam pulak besar-besar memang puas makan.

Untuk yang teringin nak makan Mee Udang & Ketam Parit Tiga Puluh, Kuala  Kurau boleh dapat location di facebook. Kat situ juga ada macam-macam review boleh korang tengok. Pasti meleleh ayaq lioq tengok depa post gambaq kat situ. Siap masuk dalam surat khabar dan tv lagi. Very recommended !!


p/s: Dengar ceta owner kedai ni tengah bina surau untuk kemudahan pelanggan beribadat. Semoga di murahkan rezeki selalu!.

No comments:

Post a Comment