Sunday, August 09, 2015

Kem Pemimpin Muda Prihatin Air-ESD di Taiping

Salam Readership. Dalam minggu terakhir Julai 2015, dapat call dari seorang kawan "Mila hang nak jadi fasi Kem Air tak?". What??, masa tu memang terkejut sebab Miela tahu RCE memang dah ada wakil 5 orang student untuk jadi Fasi kem tersebut tapi disebabkan sorang tak dapat balik USM untuk buat persiapan maka depa fikir saya boleh mengantikan disebabkan rumah dengan USM tidaklah berapa jauh mudah untuk pulang ke sana memadangkan persiapan masa itu tinggal sehari lagi. 

Selepas dah ready segala persiapan maka tibalah hari Kem Pemimpin Muda Prihatin Air tu. Kem tu berlangsung selama 3 hari 28 -30 Julai. Program ini merupakan kerjasama antara RCE Penang bersama-sama Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM)dan UNESCO-International Hydrological Programme (UNESCO-IHP Malaysia). Sebanyak 51 orang pelajar sekolah menengah dan 16 orang guru seluruh Malaysia telah terlibat dalam program selama 3 hari 2 malam ini. *yang bold saya copy paste je haha.


Budak-budak pun sampai di tempat kem. Tempat Kem di buat di Kolej Multimedia Taiping

Pelajar-pelajar yang mai kem ni diajar mengikut modul yang diberi oleh beberapa buah agensi seperti UTHM, Jabatan Pengairan dan Saliran, Kementerian Kesihatan Malaysia,  Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM dan agensi yang lain. Manakala tugas Miela sebagai co-fasi kem ni tugasnya adalah menjaga budak-budak ni, pastikan flow program berjalan dengan lancar pastu bantu dorang siapkan modul. Ni first time jugaklah jadi fasi, memang program ni amat berbeza dari program Kampung Selamat yang Miela pernah join.


Ni masa ice breaking. Entah apalah Miela dok merapu dengan budak-budak ni haha.
Ini gambar masa hari perasmian. Majlis perasmian ni dirasmikan oleh Prof Datuk Dr Omar Osman, Naib Canselor USM

Hari pertama program lebih kepada pengenalan dan teori tentang air. Biasalah sebelum nak buat aktiviti praktikal kena faham teori dulu. Kemudian hari kedua terdapat banyak aktiviti luar bermula di Burmese Pool sehinggalah ke Kuala Sepetang. Aktiviti hari kedua agak menarik sambil belajar kita aplikasikan kemudian kita lebih nampak dan jelas dengan demo depa tunjuk tu. Contohnya modul Bio-indikator di mana student kena tangkap haiwan tidak bertulang di sungai untuk nak tahu kualiti air.

Sebelum nak start aktiviti kena buat aktivi regangan dulu
Ini pula sesi modul air bawah tanah. Siap tunjuk demo lagi cari bagaimana depa ambik air tanah.
Melawat kilang arang
Tak jauh dari kilang arang pergi pula ke hutan paya bakau
Waktu petang kami naik bot menyusuri sungai di Kuala Sepetang
Selepas selesai aktiviti di Kuala Sepentang, kami pi pekena mee udang Mak Jah dulu.


Hari ketiga merupakan hari terakhir kem di Kolej Multimedia, seperti biasa ada persembahan dan juga majlis penutup.

Ini sesi bagi hadiah semasa majlis penutup, tahniah kepada pemenang. Ni Miela tak pasti yang ini pemenang nombor berapa, lupa haha.

Selesai saja majlis penutup maka tamatlah Kem Pemimpin Muda Prihatin Air-ESD di Taiping. Satu pengalaman yang sangat berharga walaupun Miela  bertugas co-fasi sekadar pantau budak-budak join kem tapi dalam masa sama dapat juga mengenai isu kelestarian air. Insyallah nanti buka semester boleh aplikasi ilmu yang ada ni untuk Kampus Sejahtera.  



1 comment:

  1. Wah meriah nya..
    macam best je aktiviti yang diadakan tu..

    ReplyDelete