Salam Readership. Dulu zaman berhingus bila nak edit gambaq, lukis doodle atau buat header kite guna Paint, Photoscape and Pixlr je. Kite tak lah advance geti guna Adobe Photoshop, sebab blur dan langsung tak faham cara mengunakannya. Tapi bila dah pergi kursus Adobe Photoshop setahun yang lalu, Alhamdulilah tahulah cara nak mengunakannya yerr.

Adobe Photoshop CS6 sering Miela gunakan

Sebenarnya Miela minat bidang bab mengedit ni, tapi taklah pro sangat. Bolehlahhhhhh, itu pun tahu hat basic sahaja . Lepas kursus Adobe Photoshop adalah guna ilmu tu buat header, poster and logo. Dan sekarang pun masih proses belajar guna Adobe Photoshop berdasarakan ilmu basic sedia ada. Sambil buat sambil belajar, betul tak?. Memadangkan Miela bermajorkan Marketing, ada juga assignment kena buat poster huhu.

Poster asignment, gambar pun cilok dari Zalora hahah

Kemudian ada beberapa poster pernah buatkan untuk program di USM. Simple sahaja.

Ni antara poster mula-mula mila try buat untuk Program No Vehicles In Campus. Masa tu zaman guna Photoscape.


Ni advance sikit, masa tu dah mahir sikit guna Adobe Photoshop. Ini poster Water Rocket Contest under Kampus Sejahtera. Sedihnya program ditangguhkan sebab ada masalah tertentu huhu

Poster Water Warrior iaitu program audit tandas pun bawah Kampus Sejahtera. Walaupun Miela pengarah projek ni pun edit poster jugak sebab nak tolong ringan beban ajk



Logo Mahasiswa Berbakti. Mahasiswa Berbakti merupakan kumpulan mahasiswa/i dari pelbagai universiti yang mnjalankan aktiviti kemasyarakatan di sekolah tertentu. Mahasiswa Berbakti masih baru dan baru berkembang di sekitar daerah Kerian. Boleh like page Mahasiswa Berbakti untuk mengetahuI info tentang universiti dan tips belajar :) *promote sekejap*

Ok itu sahaja hasil kerja Miela tunjukkan di sini, sebenarnya ada lagi hasil kerja tapi takut jenuh hampa nak scroll blog ni heheh. Kebanyakan bahan-bahan digunakan untuk buat poster tu dari pakcik google, so kite pun main letak dan adalah edit sedikit supaya hasil kerja tu nampak lain dari lain

3 Comments

  1. wahhh cantik !! boleh belajar ni !! hehehehhe

    ReplyDelete
  2. Wahh cantiklah yg roket tu.

    Akak kat USM kan, saya nak tanya. Kalau asasi IPTA (unimas) boleh ke sambung ke USM dalam degree perubatan?

    Ehehe, maaf bertanya

    ReplyDelete