Salam readership. Hampa faham-fahamkan kehidupan kat Universiti, sibuk sampai Miela tak terupdate blog. Lagi-lagi bila "ter" involve banyak program, pegang jawatan sana sini dan kehidupan makin menjadi kelam kabut bila test nak dekat, baru kalut nak study. Haru.

Eh sempat lagi nak update blog?. Hidayah nak mengupdate blog ni datang pun lepas baca buku Catatan Matluthfi. Entahlah kenapa baca buku teringat pulak blog kesayangan ni. Ada kaitan?? . Actually Miela tak tahu nak merapu apa dengan entri kali ni. Just mungkin nak cerita tentang kehidupan kat universiti seidikit.

Tak habis baca lagi nokss

Pernah tak korang pegang mana-mana jawatan and that time korang busy gila sampai pelajaran terkejar -kejar ?? . Waktu first year dulu Miela pasif, just join jadi peserta, pergi ceramah dan event-event untuk mengejar My Csd atau dikenali sebagai merit untuk mendapatkan hostel. Alhamduliah mycsd cukup-cukup makan masih dapat hostel lagi huhu.

Bila masuk second year, rezeki melimpah luah. Tak tau depa nampak apa kat Miela ni, dapat tawaran pegang jawatan and handle some other project. Hmm why not kan? boleh cari pengalaman. But bila dah join benda masa ni, masa tu dah jadi sangat-sangat berharga bak hang. Time management sangat penting. So setiap minggu mila akan tulis dekat sticky note apa yang perlu diselesaikan dahulu. Biasalah manusia selalu lupa.

Reminder
Hai nasib baik minggu ni tak involve mana-mana program, kalau ada pun nak "berehat" sat sebab nak focus kepada assignment yang due date makin dekat. Tapi at same time, Miela kena planning program talk series untuk Isnin ni T.T . Dah lah prepare last minute. Aduhai harap ini program terakhir aku jadi pengarah, lepaih ni bagi peluang kat budak junior nohh. 

0 Comments