Monday, February 02, 2015

Bakti Siswa di Kampung Selamat Bukit Merah


Salam Readership. Hari tu dah berjanji katanya ingin update kisah 10 hari pada entri lepas . Tapi nak dekat seminggu kemudian baru nak update, hehe. Miela sebenarnya sibuk layan anime Sailormoon Crystal, tetiba pulak layan anime cuti ni. Sebab tu lah kerjanya bertangguh hoho. Ok biar Miela sambung balik cerita yang tertangguh ni.

Selama dua hari di Kampung Selamat, Bukit Merah pada 16/1-17/1 *macam skema pulak ayat*. Haa macam ni, hampa nak tau Kampung Selamat ni terletak kat Daerah Kerian. Yaa memang satu daerah dengan Miela, kiranya dekat jugak dengan Kuala Kurau hoho. Kampung Selamat berhampiran Laketown Resort dan merupakan kampung angkat  Dr. Haji Mustapha Kamal.

Sekolah Kampung Selamat

Nama ja dua hari di Kampung Selamat, sebenarnya tak bermalam pun di situ sebab ada masalah tertentu T.T sob sob sob. Kami cuma bermalam di USM, kiranya balik hari la. Haa tak kisahlah kan, janji misi kami tercapai. First day kami bertolak dari USM dalam pukul 9 pagilah sampai sana dalam kol 10 lebih, dekat lah jugak USM ke Bukit Merah, kiranya sejam lebih perjalanan.

Aktiviti pertama kat kampung ni, macam biasalah dengar taklimat tentang latar belakang Kampung Selamat sampailah waktu zohor. Agak menarik tentang Kampung Selamat ni, sebab kampung ni mengalami macam-macam proses daripada mundur hinggalah menjadi kampung angkat. Untungnya penduduk kampung ni, diberi peluang pekerjaan di Laketown Reasort Bukit Merah dan juga menjalankan program pembangunan pendidikan untuk anak-anak kampung supaya boleh mengubah nasib keluarga mereka.

Lepas zohor, kami dari USM menjalankan aktivti dengan budak sekolah seperti ice breaking, ada permainan sikit dan pertandingan melukis peta. Aktiviti ni agak menyeronokkan sebab dari aktiviti tulah kami boleh dekat merapatkan hubangan dengan anak-anak penduduk Kampung Selamat. The last aktiviti hari tu, pembahagian adik-adik angkat. Gambar kat bawah tu, antara aktiviti yang kami yang lakukan pada hari tersebut.

Tekun betul budak-budak arahan abang USM

Anak-anak kampung yang supporting

Dengaq betul-betul arahan dik

Salah satu group cuba membuat cheers yang menarik

aktiviti melukis peta Kampung Selamat

Kemudian hari kedua di Kampung Selamat, tak banyak pun aktiviti dia. Kami buat kajian impak tentang sosioekonomi, kiranya buat macam bancian setiap rumah. Mula-mula perasaan rasa nebes dan rungsing. Yelah takut kita pergi rumah orang, tanya macam-macam orang taknak bagi kerjasama, takut orang tutup pintulah, kena halaulah *macam-macam pulak fikir*. Tapi sangkaaan tu sangatlah meleset, ternyata penduduk kampung sangat bagi kerjasama dan sangat peramah. Sampai ada satu rumah tu, melekat kami hampir dua jam sebab makcik tu terlebih ramah, hahaha.

sukarelawan usm membanci penduduk kampung
Sampai petang, lepas habis buat bacian welfie sat kat titi asmara kat hujung kampung

Maka habis saja kajian impak di Kampung Selamat, maka selesailah segala misi kami dua hari disitu. Sedih noks time nak berpisah dengan dengan depa ni, berjujuran ayaq mata ceq *tu over sangat*. 2 hari di Kampung Selamat memberi satu pengalaman yang baru dan berharga untuk kami terutama bila buat bancian, selalu orang mai rumah kita buat bacian laaa ni kami pulak jadi pembanci. Lagi satu suka sangat suasana kampung disitu hijau jauh dari kesesakan ibu kota. Insyallah jika ada rezeki, mungkin ada lagi program akan datang di Kampung Selamat. 

Sukarelawan USM dan anak-anak penduduk Kampung Selamat

2 comments:

  1. wah.. bestkan dapat berbakti kat masyarakat!

    ReplyDelete
  2. mmg best dapat bergaul ngan masyarakat...baru bnyk pengalaman..

    ReplyDelete