Salam Readership. Rasa lapar tapi malas nak keluar beli makanan. Jangan risau adik-adik kakak-kakak semua, zaman dah maju sekarang. Semuanya hanya dihujung jari. Food Panda salah satu food delivery website yang agak popular di Malaysia. Tempahan boleh dibuat terus melalui website foodpanda.my atau call +6-03-26-144-155. But now, food panda in your pocket. Apakah itu?? haa sekarang food panda boleh order terus melalui phone dengan aplikasi food panda dalam Google play atau Apps store. Antara makanan yang disediakan oleh food panda seperti The Chicken Rice Shop, Dome, Secret Recipe dan lain-lain.


Macam-macam ada

Food panda sangat-sangatlah sesuai untuk Miela as student yang study di penang ni. Kadang-kadang study sampai lewat malam, tetiba rasa lapar nak keluar takut pula bila malam-malam ni. Oh yaa sebenarnya perkhidmatan food panda hanya terdapat di kawasan tertentu seperti Penang, Kuala Lumpur, Johor Bahru dan lain-lain. Apa-apa pun check dulu kat foodpanda, ada tak perkhidmatan food panda dekat tempat korang.

Dua minggu lepas sebelum habis final exam, malam tu rasa lapaq sangat. Yelah kan breakfast ja makan, konon-konon nak diet sangat kan. Tapi kalau dah lapaq sangat, study pun tak boleh masuk. Apalagi terus order makanan dekat food panda. Sekali lapaq terus order Kenny Quater Meal. Campur harga makanan dengan service fee, delivery dan cukai gst semua tu total RM24.75. Oklah tu, kalau pergi Queensbay campur kos pergi balik nak bas rapid sama jugak harganya.



Makanan orang malas, order online jer

Cuma mungkin sebab hari tu jem sangat kot *fikir positif* makanaan lambat sampai dalam 20 minit gitu. Tapi takpalah janji makanan sampai. Lagipun orang kata kalau makan time betul-betul lapaq, memang puaslah. Lain kali Miela order makanan lain pula, tapi kalau order delivery hari-hari mau hujung bulan makan kangkung :3. Perkhidmatan food panda not bad, sebab food panda banyak pilihan makanan, lagipun Miela memang suka order cara macam ni daripada call sebab mungkin bila orang salah dengaq terus jadi salah order. Bila order makanan online, kita boleh nampak rupa dan bentuk makanan cuma takda rasa ja hahaha, so dari situ kita senang nak pilihan makanan.

0 Comments