Salam readership. Hari ini surat khabar menghidangkan satu artikel mengenal kemalangan ngeri melibatkan 4 orang student yang masih muda berumur 18 tahun. Korang mesti dah tahu tentang cerita ni kan?

Foto

Salah seorang mangsa kemalangan itu sebenarnya sahabat adik Miela sendiri ketika bersekolah di SDAR. Kemalangan berlaku ketika empat sahabat terbabit dalam perjalanan pulang dari i-City, sebelum kereta dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas lalu merempuh pembahagi jalan. Kepada orang di luar sana usahlah mempersoalkan lagi tentang kematian mereka sebaliknya mengambil ikhtibar dari kejadian ini.

Sebenarnya fokus Milea untuk entri ini bukanlah tentang kemalangan jalan raya yang berlaku semalam. Tetapi tentang kematian di usia yang muda. Miela sendiri pernah mengalami dan merasa perasaan kehilangan 2 orang sahabat yang sebaya. Pertama ketika form 3, Miela kehilangan seorang classmate Miela dipercayai meninggal akibat santau. Dan kedua ketika di Matrikulasi, Miela kehilangan schoolmate meninggal secara-cara tiba-tiba. Walaupun tidaklah serapat mana dengan arwah tetapi hati tetap berasa sebak. Maklumlah selalu kita nampak beliau, tiba-tiba dah tiada.

Hebatkan kuasa Allah?. Kematian tidak mengira umur, tua atau muda. Kalau kita kata kita boleh hidup sampai usia emas tapi jika Allah takdirkan sejam lagi ajal maka terpisahlah jasad kita dari tubuh. Ada orang berkata mati di usia muda ada eloknya kerna kita tidak sempat melakukan dosa yang lebih besar. Namun ada juga sebaliknya mengatakan mati di usia muda tidak sempat bertaubat.

Tetapi sudahkah anda bersedia? Bersedia untuk dimandikan, kemudian dikapankan selepas itu di sembahyangkan dan dikebumikan?. Amalan kita sudah cukup kah?. Miela sendiri tiada jawapan khusus untuk soalan ini, hanya diri sendiri yang tahu jawapanya. Apa-apa pun al-fatihah buat mereka yang sudah kembali ke rahmatullah . Al-Fatihah.


1 Comments

  1. al-fatihah..baca tadi..tragis jugakan kisahnya..huhu.. umur makin meningkat..tapi belm ada kesedaran lgi.Allah..huhu..tapi diusahakan..hidaya perlu dicari bkn hanya meminta...

    belum bersedia..bila2 ja masa bole dicabut nyawa.. T___T

    ReplyDelete