Monday, June 03, 2013

Ada apa jer di kmpk?

Salam readership. Kali ni Miela nak bercerita apa yang ada di kmpk. Selalu Miela story tentang memori dan aktiviti Miela buat di kmpk kan?. Mungkin agak terlambat sedikit nak buat entri ni sebab budak matrik 95 dah selamat daftar matrik pun. Tak apa lah, entri ni bersifat recyle, tiap-tiap tahun orang search pasal kmpk.

Maaflah yer, most of gambar-gambar ni semua bukan Miela punya just 1 je, maklumlah masa kat matrik bukannya sibuk tangkap gambar-gambar macam tu. Sebenarnya sibuk tangkap gambar dengan kawan-kawan tak pun sibuk mencari crush nak tangkap gambar bersama, haha. Memang tak teringat nak tangkap  gambar bangunan dan infrastruktur segala sebab Miela bukanya nak buat folio sejarah, haha. Setahun sekali seumur hidup pergi matrik, kau tak ingat pulak nak tangkap gambar satu matrik :3.


First korang kena tahu sebelum masuk matrik, kmpk ada UFO. Kalau time sebelum masuk pintu pagar kmpk, korang akan  nampak dari jauh ada UFO tinggi punya. Hoho  bila nampak memang rasa excited nak masuk matrik, tapi kalau dah lama-lama korang mungkin  menyampah jugak dengan UFO ni. Sebab waktu korang nak datang balik kmpk, nampak je UFO "Ala dah nak sampai pun". Apa-apa pun UFO ni mercu tanda kmpk, kalau takda UFO ni entah-entah boleh sesat nak masuk kmpk.


Ini pula dataran kmpk. Dataran ni ada satu bangunan iaitu bangunan Pusat Sumber. Di dalamnya ada bilik tutoran, makmal komputer, sains dan bahasa dan juga library. Tapi yang penting, bangunan ni ada lif ok?. Miela selalu sangat guna lif nak naik tingkat 3 di sebabkan malas nak excersie. Nampak tak kemalasan disitu? :P.


Cantik kan masjid ni?. Ini adalah masjid Al-Magfirah. Masjid terletak sebelahan dengan kolam, memang sejuk pemadangan dia. Selalu apa-apa aktiviti keagamaan selalu buat kat masjid nilah. Masjid ni ada dua tingkat, tingkat atas untuk student perempuan dan manakala tingkat bawah untuk student lelaki. 


Di Kmpk juga ada 6 lecture hall. Lecture 5 dengan 6 adalah yang paling besar, manakala lecture hall 1-4 adalah dewan kuliah yang kecil. Kadang-kadang kalau duduk dalam lecture hall ni lama-lama dah macam berada di kutub utara, sejuk sangat. Mengigil gua dalam lecture hall sampai dah tak masuk apa yang diajar. Nasiblah kan?. Tapi ikutlah musimlah, kadang-kadang sejuk kadang-kadang suhu biasa-biasa je. 


Korang jugak perlu tahu kat kmpk ada Anjung Siswa. Anjung siswa tempat student nak melepak, study, tunggu kelas/kuliah start ke, pameran dan sebagainya. Tapi awas jangan jadikan tempat anjung siswa sebagai anjung dating pulak. Haa kalau nasib tak baik HEP tangkap korang tengah dating tu, siapa yang malu?. Tanggunglah sendiri.


Bistro ni selalu student terjah diwaktu kelaparan selain cafe. Makanan di bistro ni ala-ala fast food, tak payah tunggu lama-lama. Choose and Pay je. Lagipun student selalu singgah ke bistro untuk mengisi perut dorang, maklumlah rehat pukul 1 2 petang. Dalam waktu gap dengan kelas lain lebih kurang  10- 5 minit singgah sekejap bistro beli makanan. Makanan paling famous naget seringgit. Kalau biarkan perut kosong, susah nak fokus nanti kan?. 



Kmpk juga ada gelanggang petanque. Rasanya pasal pentanque ada dalam entri ni.Gelanggang petanque ni terletak bersebelahan dengan blok kerian. So kalau rasa malas nak beriadah jauh-jauh, korang beriadah main pentaque pun kira oklah. Tapi apa menariknya lagi, kat  kmpk korang boleh berbasikal di atas bukit. Yelah kmpk memang sudah azali bertapak di bukit, kalau berbasikal memang best. Sorry memang tak da untuk part berbasikal ni, sebab Miela berbasikal di kmpk cuma sekali je, haha. 


Specialnya kmpk ada rekabentuk ala-ala coliseum. Kat situ ada padang, astaka dan pelbagai gelanggang. Luas jugaklah kalau tengok. Tapi yang penting pemadangan memang cantik. Memang tak akan jumpa di matrik lain selain kmpk. Pastikan kalau nak mohon matrik tu, pilih kmpk sebagai pilihan pertama ye adik-adik?.


Untuk gambar yang last ni, dalam blok setiap bilik ada 4 atau 5 katil. Bilik dia agak luaslah, kalau nak berguling-guling atas lantai pun boleh. Miela tak dapat tunjukkan gambar bilik Miela kat matrik sebab bilik Miela berselerak sikit, so nak lebih selamat Miela tunjukkan gambar dari sebuah blog. Bilik ni dipercayai bilik lelaki. Haha macam tak percaya pulak, selalu bilik lelaki macam tongkang pecah. Setiap bilik ada lampu, almari, penyidai tuala, plug, meja, kerusi dan dashboard. Kalau tak cukup, pergilah jumpa penyelia blok. Boleh tambah apa yang tak cukup.

Sumber gambar : Pak Cik Google dan Fage Kolej Matrikulasi Perak (KMPk)

No comments:

Post a Comment