Salam readership. Aik? tiba-tiba tajuk mas kahwin. Dah nak kahwin ke?. Isk belum lagi, lambat lagi cik kak. Umur baru 19 tahun. Relaks dulu bersama kikkat. *apa kena ni?*.

Alamak apa aku mengarut ni?. Ok ok Miela kat sini bukan nak mengarut tetapi nak bercerita sedikit pasal mas kahwin. Sebenarnya.... sebenarnya Miela bukan pro sangat pasal benda ni, pergi khusus kahwin pun tak pernah. Kahwin lagilah tak pernah. Walaupun dah belajar benda alah ni masa tingkatan 5. Ya bab perkahwinan dalam Islam yang sememangnya subjek feveret budak laki kan?.  Tapi lupa lupa ingat ke ingat ingat lupa macam itulah.


Tetapi sejarah kembali berulang, haha apa tu?. Jumpa balik tajuk ni masa kat matrik. Ceritanya begini pada satu kelas agama yang dikendalikan oleh Ustaz Ahmad, Ustaz bercadang memilih untuk tajuk presentation agama untuk lepas cuti nanti. First tajuk presentation ialah Perkahwinan Dalam Islam. Disebabkan semuanya malu-malu kucing nak angkat tangan nak ambil tajuk maka ustaz mengunakan kaedah kuno *eh kuno ke?* dengan memusingkan pen ke atas senarai nama budak kelas Miela. Akhrinya pen tu berhenti dan menujuk satu nama pelajar kelas itu. Tertanyata nama yang bertuah tu adalah saya. Hang suka ka tak suka ka, kena present tajuk tulah.

So, haruslah buat research. Tercari-cari buku pendidikan islam tingkatan 5. Pak cik google pun dah jadi mangsa, oh mestilah kan?. Cari punya cari akhirnya terjumpa apa yang hendak dicari. Apa yang menariknya terjumpa pulak gambar ni.


Menurut pakcik google, Mas kahwin atau mahar  ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Dalam masyarakat Melayu, ia disebut sebagai mas kahwin - mungkin merujuk kepada pemberian dalam bentuk cincin emas. Mas kahwin adalah ibadat yang diwajibkan dan terkandung dalam rukun nikah. *ayat kopi dan pasta*.

Daripada pemerhatian cik Miela, mas kahwin orang selangor mahal-mahal ye. Mas kahwin penting woo, nak berkahwin anak orang katakan. *aik apa aku menyibuk ni?*. Tetapi tak jugak, kadang-kadang nilai mas kahwin berbeza ikut taraf akedemik. Lagi tinggi akademik lagi tinggilah mas kahwin *ayat hipotesis ke apa?*. Tapi bagi cik Mielalah, mas kahwin mahal mana bukanya kisah yang penting kebahagiaan tu. Kesian sampai nak kahwin pun kena berhutang. Kadang-kadang si perempuan pun bukan nak mas kahwin tinggi tinggi sangat, keluarganya sibuk menetapkan harga mas kahwin dipenuhi dengan sifat riak. Aik minta jauhlah.

Kita cuba tengok zaman pada zaman Rasulullah S.A.W dahulu mas kahwin dibayar dengan berbagai cara iaitu rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya. Mudah bukan?.  Oklah selamat beramal ^-^V

0 Comments