Sekadar Hiasan

Salam Jumaat. Wow tajuk macam kontreversi jer :P. Mentang-mentanglah pelajar matrik, memang nak backup matrik sendirilah. Siapa kata matrik susah?. Tak bermaksud Matrik tu senang gila. Kat mana-mana ada susah senang nak menuntut ilmu, janji niat kerana Allah. Tapi takdalah sesusah didengar sebelum masuk matrik.

Biar Miela jelaskan, yee memang matrik kena study hard. Tu dah confirmlah. Memang pada awalnya macam tu, tapi dah alang biasa tegal biasa dah boleh go onlah. Matrik belajar cepat gila, so pelajar kena ada insentif sendiri untuk mengimprovekan lagi otak tu. Kena rajin bertanya, rujuk buku rujukan semua tu. Actually kuiz kat matrik, banyak membantu. Sebab kalau takda kuiz, alamatnya nak dekat exam barulah study. Kuiz ni dapat detect apa part mana yang kita lemah. Markah wajaran untuk 10% je. Kalau markah kuiz low, janganlah frust sangat. Kalau pensyarah baik hati, dia touplah markah tu.

Matematik kat matrik susah?. Lagi susah dari add math?. Ye susah, tapi hidup kat matrik ni study study study je. Tak mustahil yang Add Math dia C time SPM boleh bertukar kepada A solid dalam result PSPM. Banyak kawan-kawan Miela  yang dulu add math cukup-cukup makan je, boleh dapat A solid dalam Math tak kiralah dia budak akaun or sains. Miela baru-baru dapat result PSPM 1 tak sangka Math dapat B+. Dulu UPS, D tahu?. Haa dari D ke B+. Bukan B- dan bukan nak menunjuk tapi nak bagi tahu kalau ada kemahuan di situ ada highway #Ehh.

Kalau dapat pointer rendah kena tendang?. Ya betul. Tapi janganlah fikir negatif, kalau kita berani mengambil risiko mana tahu ia berbaloi. Matrik program past track, zaman sekarang diploma susah nak dapat kerja. Jadi kalau berkamampuan apa salahnya ambil program past track daripada mensia-siakan masa dengan melepaskan apa yang kita mampu. Ok kalau bawah pointer 1.5 kena kick outlah. Pasti betul dan bukan 2.00 seperti korang dengar, saya budak matrik tahulah. Dan kalau bawah 2.00 pula bagi pelajar sains diturunkan kepada Program Dua Tahun (PDT). Tapi kalau rasa awal-awal dah tak boleh, baik keluar sebelum kena kick out. Jangan sampai bazirkan masa setahun di situ.

Ambil course akaun tapi tak ada basic?. Tu jangan risau, samalah Miela tak ada basic akaun tapi ambil course akaun kat matrik. Seperti Miela katakan tadi, study kat matrik cepat so kalau tak faham cepat-cepatlah tanya. Dan janganlah risau takanlah pensyarahl terus ajar akaun, mestilah start dari basic. Pensyarah matrik ni baik, mereka takkan biarkan kalau pelajar dapat pointer rendah, itu sebab mereka banyak buat program untuk pelajarnya. Buktinya, ramai budak yang tak da basic boleh dapat 4Flat. Mungkin sebab mereka tak ada basic, berusaha lebih daripada yang ada basic.

Kesimpulanya, ehhh macam buat ayat karangan pula :P. Kalau adik-adik nak masuk matrik, janganlah pedulikan apa kata orang yang matrik sesusah alam. Rasanya STPM lagi susah kot. Kalau rasa boleh, masuk je matrik. Kalau tak boleh keluar balik,hehehe. Untung masuk matrik, dapat duit elaun. Sapa nak bagi free?. Kalau kita usaha lebih, tak mustahil kita boleh mencapainya. Akhir kata, jangan takut untuk berusaha.

P/s: Pada waktu ini entri ni bajet kononya Miela dah habis Matrik padahal lagi 5 bulan lagi. Sedangkan sem satu baru habis, sem dua kena terus berjuang menuntut ilmu di matrik. Doakan Miela supaya boleh dapat 4Flat di sem 2 hee. Kalau tak dapat 4Flat, dapat maintain pointer yang semester satu pun jadilah. ^-^V


4 Comments

  1. hah!! betoi betoi betoi..
    mmg tak jangka dpt result cam tu ..
    insyallah kita sama2 berjaya nnty :)

    ReplyDelete
  2. lau pointer 2,dye tgk mce first sem lg ke?kalau first sem 2 da ckup syarat pointer,so lau sem laen xkena kick out la?

    ReplyDelete
  3. first sem 2,dye da kira pointer yang dye nak ke(matrik)?lau xckup first sem,terus kick out ke?biasanya last pointer untuk ambil degree yang diperlukan minima pointer brpa?lau xcukup minima yang diperlukan kita kena tendang dan perlu ambil diploma ke?maafla banyak tanya tapi mohon perjelasan...

    ReplyDelete
  4. kalau pointer bawah 1.5 kena tendang untuk sem 1. Kalau sem 2 takdelah kena tendang sebab dah last sem utk PST. Then untuk ke degree dia akan campur pointer sem 1 dgn sem 2 sekali untuk pelajar PST. Pasal menima pointer, akak rasa better 3.0 keatas supaya tak dapat kos lelong. Tapi 2.5-3.0 pun boleh dapat U, namun kemungkinan besar course yang adik nak tak dapat dengan kata lain course lelong. Harap penjelasan ni dapat membantu adik utk menbuat pilihan yang tepat. :)

    ReplyDelete