sekadar hiasan semata-mata

Malam tadi semua ramai dok sebut pasal PLKN, so ada aku kisah?. Yelah kau mana dapat PLKN, jadi buat tak tahu je. Cuma tumpang sekaki melihat status FB rintihan orang mengenai PLKN. Ada yang happy, ada yang tak. Happy+ teruja nak pi ke PLKN, takut pun ada. Alah macam la kau yang dapat :p, ngee.

Ada orang merungut bila dapat, selalu cakap "kenapalah banyak-banyak orang aku jugak yang dapat?", sabarlah sayang oi rezeki tu. Dan tak dapat pun merungut "kenapalah aku tak dapat PLKN, teringin giler siot". Dah tak de rezeki nak buat macam mana? menangis air mata darah pun tetap tak dapat. Begitulah sikap semula jadi manusia, dapat ke tak dapat tahu MERUNGUT, sepatutnya bersyukur. Semua benda sudah Allah tetapkan, jadi selalulah beringat supaya kita selalu bersyukur.

Sebut pasal PLKN, teringat pula pada tahun lepas, bila semua student batch 94 dah boleh check PLKN melalui sms dan online. Semua kalut hantar massage dan online nak check sama ada dapat tak, tapi malangnya server down. So pada hari ke-2, internet dah ok, kawan-kawan cik miela semua minta tolong check PLKN sebab rumah mereka tak de internet masa tu. Cik Miela dah tahu lebih awal dah sebab nasib Cik Miela baik, massage di balas dan jawapannya "Maaf! Anda tidak terpilih untuk menyertai PLKN Siri 9/2012. Terima kasih".

Lebih kurang 10 orang yang minta tolong check, hanya seorang je dapat.huhu. Yang lain jawapanya "Maaf! Anda tidak terpilih untuk menyertai PLKN Siri 9/2012. Terima kasih" . Mereka semua yang tak dapat PLKN, terlebih reda pulak. Tak payah kusut fikir pasal PLKN. Tak payah pergi ke hutan rimba segala. Syukur rasanya. Haha samalah dengan Cik Miela. Lawak pun ada tengok reaksi mereka, hihi. Tengok ada bersyukur sebab tak dapat PLKN,hehe

#nota tapak kaki: Siapa-siapa yang dapat PLKN, good luck yea. Anda sebenarnya orang di pilih untuk menyertai PLKN, sesungguhnya anda insan yang bertuah yang dipilih.

0 Comments