Ok la cik mila tadi blogwalking kan, sekarang nie memang banyak contest, tapi cik mila sangat tertarik contest cerita paling seram. Sebab cik mila ada cerita paling seram dan memang berlaku sekarang, dah 2 bulan perkara nie berlaku. Cik mila cerita ok..Mungkin cerita nie korang dah tahu pun, dah 2 entri pasal cerita seram cik mila letak, ni cik cerita balik sebab nak join contest nie

KISAH N MEMANG BENAR DAN BERLAKU SEKITAR PERHUJUNG BULAN 2 HINGGA SEKARANG.Alkisahnya bermula apabila ada budak form3 terkena histeria dekat padang sekolah semasa ujian masa. Pada mulanya cik mila ingat kes nie tak berlarutan, tetapi makin hari makin teruk.Dan mangsa sehingga bulan nie kira-kira 40 orang yang kena histeria. Macam-macam perkara menyeramkan berlaku. Mereka yang terkena histeria nie memang tak sedar pun. Ketika mereka histeria ada sampai hendak terjun bangunan, pecahkan tingkap lar dan paling menyedihkan ada seorang budak tu tanpa sedar di melanggar seorang cikgu di jalan sehingga kaki cikgu tue patah. Dah benda tu ada dalam badan dia, lepas langgar benda tu di gelakkan cikgu yang dilanggar itu

Becerita pulak pasal budak histeria yang mengamuk sambil pecahkan tingkap, memang seram la. Kalau pecahkan tingkap tentu la berdarah kan, tetapi budak yang kena tu lepas pecahkan tingkap, dihisapnya darah tu. Habis mulutnya penuh darah.(PERKARA NI MEMANG BERLAKU). Disebabkan kes histeria di sekolah cik mila nie makin teruk, maka kami seluruh warga sekolah menistiharkan perang jihad antara jin. So, kami diminta tenang dan banyakkan menbaca ayat suci al-quran. Ada suatu hari tu, ketika kami menbaca manzil, tiba ada yang histeria. Memang mengamuk sakan la. Orang yang kena tu berkata “Hentilah3, aq panas ni, tak paham ka bodoh!...........aku akan balas dendam(sekadar cik mila ingat la). Sehingga hari ini sekolah kami masih berusaha melawan mengatasi masalah ini. Tapi sekarang agak kurang sedikit, disebabkan warga sekolah cik mila yang berusaha mengatasi masalah ini. Kejadian histeria nie sampai bila-bila cik mila tak kan lupakan.Tu ju untuk cik mila join contest nie. Nak tahu cerita lebih lanjut..klik kat bawah tu:

-histeria di sekolah ku

-pecah tingkap lagi


0 Comments